26/03/11

KENCING DALAM PETI AIS RESTORAN BARRA???

Salam..

Selamat Hari Sejam Bumi!(Earth Hour)
Satu hari yang sungguh memenatkan....mana tak nya dari pagi sampai ke petang pusing satu KL nak cari barang-barang kamera aku dengan survey lappy =)
ditambahkan pulak satu lagi kes,benda ni berlaku dalam lingkungan pukul 12.40 am(bertambah penat lah alamatnya)

kawan rumah aku gerak kan aku(masa tu aku tengah khayal main game dalam phone kawan aku)...dia cakap dia dapat call dari member aku yang ada kat Pahang...

"Pang jom gerak turun bawah rumah...aku dapat call dari KP(ketua rumah aku) yang member kita mabuk buat hal..dia sekarang ada kat tepi Restoran Barra"
-Fish-

aku pun masa tu takde lah risau sangat pun..aku siap-siap pakai baju pastu usha handphone aku...rupanya KP ada call aku tapi aku tak perasan sebab handphone aku dalam mood silent...
aku target member aku yang mabuk tu buat hal tidur tepi jalan ke,muntah tepi jalan ke....tapi semua sangkaan aku melecet  meleset..pfftt!

rupanya aku pergi restoran barra tu tengok dah ramai orang tengah berkerumun & ada sorang pakcik ni tengah sound member aku yang tengah separuh sedar tuh(Mabuk)...aku tanya Pakcik tu kenapakah? dan rupanye member aku buat hal...dia boleh pulak KENCING DALAM PETI AIS RESTORAN BARRA (LOLOLOLOLOLOL)

aku tengok orang-orang kat situ dah nak start bertumbuk dengan member aku ni...
(huhuhu...part paling best ni..aku jadi hero hahaha.!) apa lagi...aku pun terus je mencelah & tarik Pakcik tu slow talk dengan dia...aku terangkan member aku tu tengah tak sedar...dia mabuk..so aku minta maaf bagi pihak kawan aku yang tengah tak sedar tuh...(sebenarnya cerita ni panjang...tapi aku ringkaskan sikit..aku cerita part penting je..sebab aku tahu korang pun bukan suka baca panjang-panjang kan...hehe)

so aku pun deal dengan Tokey besar Restoran Barra tuh..
mula-mula Tokey tu nak member aku yang mabuk tu basuh balik peti ais kat kedai tuh & dia nak pengang ic member aku tuh sampai dia siap basuh..kalau tak dia nak bawak member aku pergi balai..

aku tukar deal tu sikit...aku cakap dengan Tokey tu..


" Cik macam ni lah saya minta maaf sangat-sangat bagi pihak kawan saya ni...biarlah saya hantar dia balik rumah rehat dulu sebab dia tengah tak sedar lagi ni & dia tengah tak boleh fikir rasional lagi ni... fasal peti ais tu biarlah saya dengan kawan-kawan saya yang basuhkan..."
-Panglima-


so pakcik tu pun deal!
aku pun hantar member aku balik bilik dia(aku siap kena papah bahu member aku ni....tu dia penangan air kencing setan!) 

lepas je aku hantar member aku balik bilik dia aku pun pergi balik kat Restoran Barra..
aku dan kawan-kawan yang lain pun memulakan operasi memBASUH PETI AIS RESTORAN BARRA
tak lama mana pun dalam 20 minit dah settle dah...





:: Fish yang sedang membasuh air-air tin yang di cemari ::





:: Adi & Aiman yang tengah keringkan air kencing dalam peti ais tu ::






:: Aku,Fish & air tin yang tercemar ::






:: Aku sedang mengeringkan lantai Restoran Barra ::






:: Air Kencing Setan yang bertanggung jawab::




bila dah settle Tokey Restoran Barra tu pun belanja kita orang setiap sorang air tin(kita orang tak ambil air tin yang belah rak bawah kat dalam peti ais tu...sebab dah tercemar ~_~" kita orang ambil yang kat belah rak atas...low risk hehe..) pastu aku pun ucapkan terima kasih & minta maaf banyak-banyak kat Tokey tu fasal kes kencing nih(Happy ending story!)


so moral of the story....jangan lah cuba-cuba nak tunggang air peluh kencing setan tuh..





p/s : Member aku yang minum tuh bukan orang Islam so no issue ok & jaga-jaga kalau nak minum air tin kat situ :P hehehe..


6 ulasan:

deletedpurple berkata...

heheh comel je korng buat kerja amal kat situ..hehe

panglima berkata...

hehehe...tebal giler muka masa tu wat kerja amal ~_~" naseb bek memang tak suka lepak barra kalau tak segan kot nak lepak sana lagi LOL!

Tanpa Nama berkata...

hahha,,, saba j la.. :))

Nuriman Talib berkata...

komuniti service.... next time peti ais rumah ibu dgn uwan

panglima berkata...

pam : sabar dan tabah tuh :P hehehe

panglima berkata...

aman : ayai kapten! tapi kena ada orang kencingkan dulu baru bleh bersihkan :P hahaha