21/03/11

Review untuk filem animasi 3D 'Rango' ( Tayangan awal Mac)

Salam..


:: Poster Filem Rango ::

Pada suatu petang yang indah permai...tiba-tiba aku dapat IM dalam FB

"Min jom tengok wayang jom....akak belanja"


rupanya IM dari Kakak aku yang sedang online dalam bilik dia(punya pemalas sampai nak ajak tengok wayang pakai IM FB walhal satu rumah je ~_~")
aku ape lagi tanpa berlengah-lengah  lagi terus je siap & keluar bersama beliau(kakak) pergi tengok wayang dekat GSC Padang Pahlawan Melaka.

(Part yang paling best...hari ini aku dapat 100% tajaan penuh dari kakak aku...dari minyak,tiket,makan,popcorn,minum & aku di beri kepercayaan untuk pilih cerita apa dan pilih panggung wayang mana..huhuhu..TQ kak!)

Hari ni aku nak wat review fasal filem 'Rango'


:: Trailer filem Rango ::



Pengarah :
 Gore Verbinski (Pengarah Filem 'Pirate Of Carribean')


Lakonan :
  Johnny Depp, Isla Fisher, Ned Beatty, Abigail Breslin, Bill Nighy


Sinopsis : 
Cerita ni mengisahkan seekor Chamelion belaan manusia yang secara tidak sengaja telah tercicir jatuh dari kereta tuannya dan telah meneruskan pengembaraan beliau sebagai seorang Sherif yang dikenali sebagai 'Ringo' di sebuah pekan Koboi 'Dirt',beliau bersama penduduk pekan Koboi 'Dirt' itu mempunyai misi yang sama iaitu mencari punca kehilangan air yang telah hilang di pekan itu (air di dalam filem ini nilainya di samakan dengan nilai wang so kalau ada urusan pembelian kat pekan ni...diaorang tak akan guna duit untuk bayar...tapi guna air..)


Yang best : 
Grafik filem ini sangat,sangat,sangat SUPERBB! kalau fizikal-fizikal dalam filem ini contohnya pasir,air semuanya nampak realistik...lagi-lagi tang mata...mempersona! dan penuh aksi


Yang kureng : 
Jalan cerita nye macam susah nak difahami budak-budak kecik...kesian kat Mak Ayah budak-budak nanti...penat Mak Ayah budak-budak ni nanti dalam panggung wayang nak kena terangkan satu persatu jalan cerita ni kat anak-anak diaorang.


Kesimpulan :
Filem ni dah macam ala-ala filem 'Pirate Of Carribean',so kepada yang kipas susah mati  POC ni mesti suka filem ni(aku suka gak :P )


Bintang :
   

Tiada ulasan: