31/03/11

April BODOH!


Salam..


"Weh tolong rumah aku terbakar!"
-A-

"Whut?Mana? meh jom ajak kawan-kawan sekali tolong padamkan!"
-B-

" Aprill Fool!!!!"
-A-

" ~_~" "
-B-



Aku tak suka diperbodohkan & memperbodohkan...


"Tak sporting lah kau kalau tak sambut April Fool...!"
-Si Polan-


bagi aku Aprill Fool ni sama je dengan Valentine Day...
bezanya V day untuk orang yang nak menyayangi orang & AF day untuk orang yang nak perbodohkan orang...(LOL)

dan kebiasaannya AF day ni mesti penuh dengan tipu menipu kononnya untuk keseronokan..
dan mulalah ramai orang yang tak mempercayai satu sama lain masa AF day ni kononnya untuk keselamatan..
dan pernah tak korang terfikir apa yang akan terjadi kalau semua orang yang kerja dekat operator talian '999' pun sambut AF day??

DISASTER!!



p/s : now for something different..

more info AF day

28/03/11

Pengasas internet meninggal dunia R.I.P

salam..

Aku ni terus terang memang aku ni bukan jenis suka membaca...teringat aku waktu sekolah dulu dari form 1 sampailah form 5...semua buku novel sekolah yang ada tak pernah aku habis baca...paling lattest ni aku ada gatal beli novel Yamaha Lagenda Budak Setan(novel pertama aku)...hahaha...orang lain dah ramai yang habis baca novel tuh sedekad yang lalu tapi aku pulak baru nak start baca(nampak je aku macam ni tapi...dalam hati ada taman.. : P ) dan hasilnya tetap sama...sampai sekarang aku tergantung baca novel tu...hahaha...

Membaca bukan cara aku...pening aku kalau tengok tulisan berlambak-lambak je kalau tak ada gambar...
pagi-pagi ni aku bangun tidur je aku terus je terus on lappy aku dan online..aku baca kosmo...yup...aku membaca...dan aku addict membaca...(apa punya statement ni tadi kata tak suka baca ni suka pulak...hipo ke?*monolok dalaman*) yup...aku addict membaca Suratkhabar...sebab apa Suratkhabar? kenapa tak novel? kenapa tak Mastika? sebab....surat khabar ada banyak gambar dan banyak isu semasa tak macam novel...tulisan je memanjang...kalau tak baca suratkhabar rasa cam tak lengkap je hidup aku bagai keropok lekor tanpa sos nya..(Apa aku merapu kat atas nih ~_~" )

kalau tak kerana pakcik kat bawah ni korang semua sekarang dah tak duduk depan lappy & pc masing-masing untuk menghadap FB,tweet,blog & lain-lain...mungkin sekarang korang tengah main konda kondi,teng-teng,galah panjang dan sewaktu denganya.



Bapa pengasas Internet meninggal dunia


:: Paul Baran ::


LOS ANGELES - Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam.
Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.
Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.
Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.
Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu.
"Baran tidak takut memilih jalan bertentangan dengan pendapat dan idea semasa," seorang timbalan presiden syarikat Google, Vinton Cerf dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan.
"AT&T berulang kali menyatakan bahawa idea rangkaian Internet itu tidak akan berjaya dan enggan terlibat dalam projek Arpanet," tambahnya.
Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP


p/s : R.I.P...

tq Kosmo

Tips kenal Kicap Cap Kipas Udang Tiruan.

Salam..

Aku ni pernah di kategori kan sebagai kipas susah mati untuk brand kicap Cap Kipas Udang ni jugak lah dulu sebab waktu kecik-kecik kalau setiap kali waktu makan botol kicap ni mesti wajib ada kat sebelah aku...kalau tak ada aku tak akan makan(muahahaha..demand gak aku kecik-kecik dulu!)

tapi yang gadisnya sadisnya...memandangkan dunia dah maju...so pelbagai barang dengan senang lenang je di cetak rompak...daripada cd,pakaian sampai lah ke makanan.(Bullshit kepada si Lanun)

so hari ni aku nak kasi tips untuk membezakan di antara Kicap Cap Kipas Udang asli dengan yang palsu.

PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN

PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN
PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUANPERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN

BEWARE!

p/s : tq teratakkarmo

Poco-poco haram?? habis tu makcik-makcik poco-poco nak menari apa lepas ni?

salam..

Lepas ni dah tak dapatlah kita nak tengok ada group-group makcik hot yang wat tarian poco-poco dekat mana-mana taman reakriasi di Perak.

http://i.imgur.com/FG62Y.jpg 
:: Surat pengharaman Poco-poco di Perak ::


p/s : Shuffle,breakdance,moon walk semua bakal di haram kan nanti LOL

Kreatif + Genius = Seni halus (lukisan kreatif P.Kuczynski)

Salam..

Kreatif + Genius = Seni halus

Yes! itu satu formula untuk seni halus & formula tu pun telah di gunakan oleh pelukis-pelukis terkenal dunia contohnya seperti Leonardo da Vinci(Salute!)

So formula yang sama juga telah digunakan oleh seorang pelukis yang berasal dari Poland yang bernama 
Paul Kuczynski(tebelit lidah aku nak menyebutnya ~_~")
lukisan yang penuh dengan isi tersurat & sindiran.






p/s : tq capu

26/03/11

KENCING DALAM PETI AIS RESTORAN BARRA???

Salam..

Selamat Hari Sejam Bumi!(Earth Hour)
Satu hari yang sungguh memenatkan....mana tak nya dari pagi sampai ke petang pusing satu KL nak cari barang-barang kamera aku dengan survey lappy =)
ditambahkan pulak satu lagi kes,benda ni berlaku dalam lingkungan pukul 12.40 am(bertambah penat lah alamatnya)

kawan rumah aku gerak kan aku(masa tu aku tengah khayal main game dalam phone kawan aku)...dia cakap dia dapat call dari member aku yang ada kat Pahang...

"Pang jom gerak turun bawah rumah...aku dapat call dari KP(ketua rumah aku) yang member kita mabuk buat hal..dia sekarang ada kat tepi Restoran Barra"
-Fish-

aku pun masa tu takde lah risau sangat pun..aku siap-siap pakai baju pastu usha handphone aku...rupanya KP ada call aku tapi aku tak perasan sebab handphone aku dalam mood silent...
aku target member aku yang mabuk tu buat hal tidur tepi jalan ke,muntah tepi jalan ke....tapi semua sangkaan aku melecet  meleset..pfftt!

rupanya aku pergi restoran barra tu tengok dah ramai orang tengah berkerumun & ada sorang pakcik ni tengah sound member aku yang tengah separuh sedar tuh(Mabuk)...aku tanya Pakcik tu kenapakah? dan rupanye member aku buat hal...dia boleh pulak KENCING DALAM PETI AIS RESTORAN BARRA (LOLOLOLOLOLOL)

aku tengok orang-orang kat situ dah nak start bertumbuk dengan member aku ni...
(huhuhu...part paling best ni..aku jadi hero hahaha.!) apa lagi...aku pun terus je mencelah & tarik Pakcik tu slow talk dengan dia...aku terangkan member aku tu tengah tak sedar...dia mabuk..so aku minta maaf bagi pihak kawan aku yang tengah tak sedar tuh...(sebenarnya cerita ni panjang...tapi aku ringkaskan sikit..aku cerita part penting je..sebab aku tahu korang pun bukan suka baca panjang-panjang kan...hehe)

so aku pun deal dengan Tokey besar Restoran Barra tuh..
mula-mula Tokey tu nak member aku yang mabuk tu basuh balik peti ais kat kedai tuh & dia nak pengang ic member aku tuh sampai dia siap basuh..kalau tak dia nak bawak member aku pergi balai..

aku tukar deal tu sikit...aku cakap dengan Tokey tu..


" Cik macam ni lah saya minta maaf sangat-sangat bagi pihak kawan saya ni...biarlah saya hantar dia balik rumah rehat dulu sebab dia tengah tak sedar lagi ni & dia tengah tak boleh fikir rasional lagi ni... fasal peti ais tu biarlah saya dengan kawan-kawan saya yang basuhkan..."
-Panglima-


so pakcik tu pun deal!
aku pun hantar member aku balik bilik dia(aku siap kena papah bahu member aku ni....tu dia penangan air kencing setan!) 

lepas je aku hantar member aku balik bilik dia aku pun pergi balik kat Restoran Barra..
aku dan kawan-kawan yang lain pun memulakan operasi memBASUH PETI AIS RESTORAN BARRA
tak lama mana pun dalam 20 minit dah settle dah...





:: Fish yang sedang membasuh air-air tin yang di cemari ::





:: Adi & Aiman yang tengah keringkan air kencing dalam peti ais tu ::






:: Aku,Fish & air tin yang tercemar ::






:: Aku sedang mengeringkan lantai Restoran Barra ::






:: Air Kencing Setan yang bertanggung jawab::




bila dah settle Tokey Restoran Barra tu pun belanja kita orang setiap sorang air tin(kita orang tak ambil air tin yang belah rak bawah kat dalam peti ais tu...sebab dah tercemar ~_~" kita orang ambil yang kat belah rak atas...low risk hehe..) pastu aku pun ucapkan terima kasih & minta maaf banyak-banyak kat Tokey tu fasal kes kencing nih(Happy ending story!)


so moral of the story....jangan lah cuba-cuba nak tunggang air peluh kencing setan tuh..





p/s : Member aku yang minum tuh bukan orang Islam so no issue ok & jaga-jaga kalau nak minum air tin kat situ :P hehehe..


25/03/11

Ini FAKTA!

:: Klik untuk Besau! ::

24/03/11

Review untuk filem animasi 3D 'Mars Needs Moms' ( Tayangan awal Mac)

salam..

 http://www.cinemablend.com/images/news/21282/_1287452522.jpg
 :: Poster Mars Needs Moms ::



 :: Trailer Mars Needs Moms ::

Pengarah :
Simon Wells


Lakonan :
Seth Green … Milo
Joan Cusack … Milo’s Mom
Elisabeth Harnois … Ki
Dan Fogler … Gribble
Mindy Sterling … The Supervisor
Ryan Ochoa … Hatchling


Sinopsis : 
Cerita ni mengisahkan mahluk asing sebuah planet Marikh(Mars) yang kehilangan sumber sifat-sifat keibuan(kasih sayang seorang ibu..kiranya mahluk asing kat planet tu tak pandai jaga anak...) . Mahluk asing pun membuat keputusan untuk menculik seorang manusia dibumi untuk mengambil sumber sifat-sifat keibuan dari manusia terbabit(Ibu Milo) dan tanpa di duga rupanya semasa misi penculikan manusia tersebut di lakukan...mahluk asing tersebut telah membawa pulang sekali anak(Milo) kepada manusia yang diculik itu.

Yang best : 
Grafik filem ini cantik =)(eeerrrr....nak puji apa lagi eak....)


Yang kureng : 
Jalan cerita nye macam susah nak difahami budak-budak kecik...dan epic FAIL untuk jalan cerita yang bohjan! bohsan!(serius takde part yang nak gelak....Rango WIN!)


Kesimpulan :
Ni antara filem yang aku rasa membazir je bila beli tiket wayang nye....so nasihat daripada aku....simpan duit tu untuk tengok movie lain ;) ( aku lebih rasa teruja bila dapat makan Popcorn sambil minum Coke daripada aku tengok movie ni)


Bintang :

22/03/11

Selamat Hari Jadi Blog! nah hadiah untuk kamu!

Salam..

Entry pendek dan padat!
ulang tahun yang yang pertama untuk blog aku....dah setahun rupanya umur blog ni ;)
so sempena hari jadi sulong blog ni aku nak hadiah kan blog ni baju baru layout baru...DIY ok ;) aku buat benda ni try & error tanpa sebarang sumber rujukan....iye di ulangi...DIY!(show off jap haha..)


:: Layout lama ::




:: Layout baru ::





SELAMAT HARI LAHIR BLOG!




p/s : Sebelum ni menghadap blog berjam-jam...haram tak jadi apa pun...ni tadi tak sampai setengah jam menghadap....Waallla!

21/03/11

Review untuk filem animasi 3D 'Rango' ( Tayangan awal Mac)

Salam..


:: Poster Filem Rango ::

Pada suatu petang yang indah permai...tiba-tiba aku dapat IM dalam FB

"Min jom tengok wayang jom....akak belanja"


rupanya IM dari Kakak aku yang sedang online dalam bilik dia(punya pemalas sampai nak ajak tengok wayang pakai IM FB walhal satu rumah je ~_~")
aku ape lagi tanpa berlengah-lengah  lagi terus je siap & keluar bersama beliau(kakak) pergi tengok wayang dekat GSC Padang Pahlawan Melaka.

(Part yang paling best...hari ini aku dapat 100% tajaan penuh dari kakak aku...dari minyak,tiket,makan,popcorn,minum & aku di beri kepercayaan untuk pilih cerita apa dan pilih panggung wayang mana..huhuhu..TQ kak!)

Hari ni aku nak wat review fasal filem 'Rango'


:: Trailer filem Rango ::



Pengarah :
 Gore Verbinski (Pengarah Filem 'Pirate Of Carribean')


Lakonan :
  Johnny Depp, Isla Fisher, Ned Beatty, Abigail Breslin, Bill Nighy


Sinopsis : 
Cerita ni mengisahkan seekor Chamelion belaan manusia yang secara tidak sengaja telah tercicir jatuh dari kereta tuannya dan telah meneruskan pengembaraan beliau sebagai seorang Sherif yang dikenali sebagai 'Ringo' di sebuah pekan Koboi 'Dirt',beliau bersama penduduk pekan Koboi 'Dirt' itu mempunyai misi yang sama iaitu mencari punca kehilangan air yang telah hilang di pekan itu (air di dalam filem ini nilainya di samakan dengan nilai wang so kalau ada urusan pembelian kat pekan ni...diaorang tak akan guna duit untuk bayar...tapi guna air..)


Yang best : 
Grafik filem ini sangat,sangat,sangat SUPERBB! kalau fizikal-fizikal dalam filem ini contohnya pasir,air semuanya nampak realistik...lagi-lagi tang mata...mempersona! dan penuh aksi


Yang kureng : 
Jalan cerita nye macam susah nak difahami budak-budak kecik...kesian kat Mak Ayah budak-budak nanti...penat Mak Ayah budak-budak ni nanti dalam panggung wayang nak kena terangkan satu persatu jalan cerita ni kat anak-anak diaorang.


Kesimpulan :
Filem ni dah macam ala-ala filem 'Pirate Of Carribean',so kepada yang kipas susah mati  POC ni mesti suka filem ni(aku suka gak :P )


Bintang :
   

Jom jalan-jalan kat JEPUN!

Salam...


"Negara idaman yang anda ingin pergi melancong?"


Jika soalan sebegitu rupa yang diajukan kepada aku..aku akan menjawab...

"JEPUN!!!"


Kenapa JEPUN?
Sudah ramai yang sedia maklum dengan keunikan negara matahari terbit tersebut...
dari tradisi sehingga lah ke kemajuannya....semuanya sangat mengagumkan aku..
dan baru-baru ni juga bencana alam telah menimpa di negara tersebut...bukan satu,bukan dua tapi tiga serentak sekali bencana yang melanda negara tersebut..(Gempa bumi,Tsunami,Reaktor Nuklear meletup)

Serius tak tipu...aku sedih sangat bila kenangkan nasib orang-orang kat sana T_T
bagai jatuh di timpa tangga besi(sakit menimpa-nimpa) nasib dorang kat sana...
walaupun aku takde saudara mara dekat atau kawan-kawan yang stay kat sana tapi aku still risaukan orang-orang kat sana...kadang-kadang aku terfikir adakah keturunan aku kat sana selamat?
maybe tak ramai yang tahu aku ni ada darah kacukan Jepun...

:: Fukushima Jepun ::

So semasa aku bersiar-siar di laman sesawang aku adalah terjumpa satu alternatif baru untuk seseorang yang macam aku yang tak mampu tapi nak melancong gak kat luar negara.

 Jom jalan-jalan Jepun di Fukushima (Buat yang tak tahu..Fukushima ni lah antara tempat yang teruk di landa bencana)

18/03/11

Selepas 4 bulan sunyi tanpa Melaka.

Salam..


:: Masa gambar aku last kat Melaka dulu ::


Wuhu! habis sudah sem aku kali ini (sem 8) penat woi praktikal....lagi-lagi kalau tempat praktikal tu jauh dari rumah + lalu KL (jam sesak ya amat tiap-tiap pagi!) + pastu kencing kering!.

Walaupun aku dah tamat kan sesi praktikal aku di White Studio tak bermaksud aku percuma free, aku start sibuk pulak dengan report aku yang perlu dihantar dalam masa yang singkat..(mana tak singkat masanye sebab aku satu-satunya student yang praktikal selama 9 minggu...walhal yang lain kawan-kawan aku praktikal 8 minggu je)

Habis je aku buat report aku terus je hantar kat lecture aku kat Fakulti aku....dan agenda seterusnya....balik MELAKA!!!!

Malam tu (20.3.11) aku dah plan baik punyeeer! elok-elok dah dengan abang aku...konon nak balik konvoi lah...dia bawak kereta dia aku bawak kereta aku pastu jumpa kat R&R Dengkil....last-last....Harammmm~
masa aku singgah R&R Dengkil tu aku call lah abang aku konon nak inform suruh dia singgah R&R yang aku berhenti tu...

" Eah min wakpe kat R&R tu ? abang dah sampai Negeri Sembilan dah ni...kita balik masing-masing lah...jumpa kat rumah Melaka k"
-Abang senget aku-

Dengan muka yang toya + blurr....aku terus je masuk kereta aku dan teruskan perjalanan ke destinasi aku..
gerak dalam pukul 8 & sampai Melaka dalam pukul 10..sampai - sampai je rumah aku angkat barang dari kereta aku macam biasa pastu aku salam lah seluruh family aku(sumpah rindu rumah woooo...)..selesai acara wajib tuh aku terus...on lappy aku pastu online...

"Abang min tolong editkan(DI) gambar ajam leh tak?"
-Adik senget aku-


Huh? lepas je adik aku cakap macam tuh kat aku...aku baru teringat permintaan adik lelaki aku ni rupanya aku dah tangguh kan sejak setahun sebulan yang lepas...ish-ish apa punya abang daaa...
so tanpa membuang sampah masa....aku terus menretouch & DI gambar adik aku tu dan walla! benda tu siap tak sampai setengah jam pun & ini lah hasil nye ;)(walaupun penat memandu tu tak hilang lagi aku layan kan saje hehe)


:: Iklaneka...TAG Heuer jangan sue aku..aku takde duit ~_~" ::


p/s : Melaka dah banyak berubah + aku ada perasan ada sebuah kapal terbang POS laju tersadai dekat-dekat dengan Peringgit Point...kenapa eak ada kat situ??

'unisel' yang meninggi diri?? ~_~"


:: Laman Sesawang Portal Pelajar unisel(click gambar untuk lebih jelas) ::

'Survey' yang di lakukan oleh unisel untuk laman portal pelajar yang baru...dari pengalaman aku lah kan..kalau nak buat apa-apa survey ke benda-benda yang wajib ada mesti " Excellence,Good & Poor"
tapi kes ni...unisel macam tak nak kalah je aku tengok ~_~"

p/s : Down to earth lah... 

7/03/11

Bye- Bye WHITE STUDIO (AWAS ENTRY PANJANG!)

Salam..
:: Sesi perpisahan yang di rancang rapi oleh krew-krew WS..thank's korang! ::


Hari semalam bertarikh 7 Mac 2011..
Maka genaplah lapan sembilan minggu aku bertapa menuntut ilmu di WHITE STUDIO KL
dan pada tarikh keramat tu jugalah aku secara rasminya telah menamatkan zaman bujang latihan industri( yang korang selalu sebut 'Practical' ini bahasa Melayu nya) aku di sana =)

Untuk kenang - kenangan aku sendiri.. aku nak potong dan tampal  abadi kan buku log semasa latihan industri aku tu kat blog aku sendiri...






3 JANUARI 2011 / MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Bismillah..Hari ini merupakan hari pertama latihan industri saya bermula di ‘WHITE STUDIO’ .Buat pertama kalinya saya berjumpa dengan Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seseorang lagenda jurugambar yang di segani di seluruh Malaysia dan ini merupakan kali pertama saya bersua dengan beliau. Kemudian, saya dibawa melawat di sekitar studio secara ringkas oleh Wan Izhar Abu Bakar.Merupakan salah seorang jurugambar dan ketua ‘retoucher’ di studio itu. Kebanyakan peralatan dan kamera di studio itu adalah asing bagi saya ini kerana peralatan dan kamera di ‘WHITE STUDIO’ tidak sama dengan di studio UNISEL dan ianya lebih canggih dan sulit. Antara alatan – alatan nya adalah Transmeter,transiver & Receiver.  Kebetulan hari pertama saya di sini terdapat sesi fotografi yang di adakan khas untuk majalah ‘GLAM’ ruangan fashion, koleksi dari pereka fashion terkenal tanah air iaitu Dato Fara Khan. Lighting yang di gunakan  untuk sesi fotografi ini adalah ‘Hard light’ & kamera yang digunakan untuk di dalam studio ini adalah ‘Mamiya’ kamera atau di kenali sebagai medium format kamera.




4 JANUARI 2011 /MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Baru hari kedua saya di WHITE STUDIO tetapi saya telah dibawa oleh Wan Azhar & Saiful Izwan ke Montkiara untuk menjalani sesi fotografi luar. Sesi ini untuk pelanggan WHITE STUDIO iaitu syarikat SUNRISE yang bertanggung jawab membangunkan bangunan-bangunan di Monkiara. Dalam masa yang sama di studio terdapat sesi fotografi untuk majalah GLAM yang di ambil alih oleh Bustamam Mokhtar. Nasib tidak menyebelahi kami kerana langit mendung pada hari itu.Dengan harapan untuk mengambil gambar pemandangan dari tingkat 41 di Montkiara tapi kami akur dengan cuaca pada hari itu. Sekembali nya saya di studio Bustamam Mokhtar telah mengajar saya cara yang betul untuk menggunakan ‘Exposure meter’





5 JANUARI 2011 / MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Pada hari ini, tiada sebarang aktiviti di studio. Saya melakukan rutin harian seperti mengemas kawasan studio, membasuh tandas dan menyiram pokok bunga. Selain berlatih retouch gambar menggunakan Adobe Photoshop sambil di bimbing oleh Wan Azhar & Baity. Setelah selesai belajar saya terus membuat persiapan alatan kamera untuk sesi fotografi luar pada esok hari.




6 JANUARI 2011 / MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Hari ini terdapat dua sesi fotografi di jalankan. Sesi yang pertama ada lah untuk majalah ‘Unreserved’ sesi ini di ambil alih oleh Bustamam Mokhtar,tugasan nya adalah Bustamam mokhtar dikehendaki mengambil gambar ‘profile CEO NAZA ,SM Faizal dan sesi ini di adakan di luar, di pejabat SM Faizal sendiri. Sesi seterusnya ialah untuk majalah ‘Cosmopolitan’ yang dikendalikan oleh Wan Izhar di Studio A WHITE STUDIO.





7 JANUARI 2011 / MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Hari ini sesi fotografi dijalan kan di luar iaitu di Damansara di kediaman tokoh ahli politik terkenal, Dato Shahrizat. Di kendalikan oleh Bustamam Mokhtar di atas permintaan dari majalah ‘Unreserved’ Bustamam di kehendaki untuk mengambil gambar ‘profile’ Dato untuk ruangan wawancara majalah tersebut. Pada hari ini saya dapat mempelajari cara – cara menggunakan ‘reflector’ & teknik – teknik ‘touch up’ gambar bersaiz ‘billboard’





*8 JANUARI 2011 / MINGGU 1 / BULAN JANUARI
Hari ini merupakan ‘Overtiime’ pertama saya di WHITE STUDIO iaitu bekerja pada hari Sabtu. Sesi fotografi pada hari ini adalah untuk majalah ‘Perempuan’. Pada hari ini juga saya telah mempelajari cara untuk menyusun ‘White background’ lighting.





MINGGU 1
Satu minggu yang penuh dengan persoalan apa yang perlu di buat & apa yang tak perlu dibuat di WHITE STUDIO tapi setelah seminggu pertama saya dapat rasakan keterujaan untuk menghadapi minggu-minggu seterusnya dalam sepanjang krusus latihan saya.





10 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Hari ini masuk minggu kedua saya di WHITE STUDIO, Sesi fotografi hari  adalah untuk majalah ‘EH’ dan Bustamam Mokhtar telah di tugaskan untuk merakam gambar artis terkenal tanah air iaitu Maya Karin yang di gandingkan bersama dengan adik beliau sendiri. Sesi fotogradi hari ini menggunakn ‘Grey background’





11 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Hari ini saya di tugaskan bersama Wan Izhar untuk mengambil gambar di sebuah parti persendirian yang di adakan di Sage Restaurant & Bar Wine di Mid Valley Megamall. Saya menggunakan kamera berformat 135 bersama Wan Izhar untuk merakam gambar di majlis tersebut. Pada petang nya saya mengekori Wan Azhar ke pejabat syarikat Sunrise di Montkiara untuk menghadiri mesyuarat.





*12 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Pagi hari ini adalah seperti biasa saya pergi ke studio cuma hari ini  adalah antara pengalaman baru dalam hidup saya. Sesi fotografi hari ini tugasannya ialah untuk merakam gambar pakaian jenama ‘Flow’ iaitu pakaian bersaiz khas untuk orang-orang yang berbadan besar & bermaksud model-model yang akan kami rakam gambarnya turut berbadan besar dari badan model-model biasa. Susunan lampu yang disusun untuk hari ini adalah ‘Grey background’ .





*13 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Kedua-dua studio di WHITE STUDIO hari ini iaitu studio A & studio B. Studio A digunakan untuk sesi fotografi muka depan majalah ‘EH’ yang di hiasi oleh artis – artis lagenda tanah air yang di kendalikan oleh Bustamam Mokhtar,artis – artisnya ialah Ziana Zain,Ning Baizura, Fauziah Latif & Erra Fazira. Susunan lampu yang digunakan pula ialah ‘Burst background’. Di studio B juga dikendalikan oleh Bustamam Mokhtar juga pada hari itu ini kerana WHITE STUDIO kekurangan ‘crew’ iaitu Wan Azhar kerana beliau ditugaskan oleh majalah ‘GLAM’ untuk merakam gambar di majlis anugerah Zee TV yang dia adakan di singapura selama tiga hari sehingga hari Sabtu ini. Bustamam Mokhtar pula ditugaskan untuk merakam gambar majalah ‘Cosmopolitan’. Artis yang hadir pada sesi fotografi  hari ini adalah Stacy. Susunan lampu sama yang digunakan di studio A & jenis kamera yang sama juga digunakan di studio A iaitu kamera medium format.





14 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Tugasan pada hari ini adalah untuk merakam gambar muka depan majalah ‘Intrend’. Artis yang hadir untuk sesi fotografi pada hari ini adalah Shaheizy Sam iaitu seorang pelakon baru yang sedang hangat membina nama persada seni tanah air. Sesi fotografi ini di adakan di studio A dan menggunakan susunan lampu ‘ Grey background’. Sesi fotografi ‘Beauty shoot’ untuk majalah ‘Cosmopolitan’ pula di adakan di studio B.





15 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Shoot ‘Casting’ untuk Sunrise project,menggunakan susunan lampu ‘Grey  background’.




16 JANUARI 2011 / MINGGU 2 / BULAN JANUARI
Sesi fotografi di Hospital KPJ Ampang Puteri. Jurugambar oleh Wan Azhar. Di iringi oleh saya dan Razif. Kami di tugaskan untuk merakam gambar personaliti Dato Dr. Jalil Jida untuk majalah ‘GLAM’. Buat pengetahuan ramai Dato merupakan seorang Doktor pakar kecantikan yang terkenal di Kuala Lumpur. Dan sesi fotografi di ada kan dengan menggunakan ‘Portable backdrop Manfroto’ ketika berada di Hospital itu.




MINGGU 2
Sepanjang miinggu ini saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran studio. Dalam masa yang sama saya dapat belajar cara – cara untuk berurusan dengan pelanggan. Yang paling penting kita jangan lokek dengan senyuman.



17 JANUARI 2011 / MINGGU 3 / BULAN JANUARI
Bustamam Mokhtar ditugaskan oleh majalah ‘Intrend’ untuk merakam gambar ‘Beauty shoot’ yang menggunakan susunan lampu ‘Beauty lighting’. Manakala Wan Izhar pula ditugaskan untuk merakam gambar majalah ‘Cosmopolitan’ iaitu untuk ‘personality shoot’ & kedua – dua sesi fotografi itu menggunakan model/artis yang sama iaitu pasangan suami isteri yang seperti pinang di belah dua, Vanida & suami. Saya di fahamkan bahawasanya peranan ‘Beauty lighting’ lebih focus kea rah portrait.




18 JANUARI 2011 / MINGGU 3 / BULAN JANUARI
Hari ini seperti biasa saya datang ke studio dan seperti biasa juga kedua – dua studio A & B digunakan pada hari yang sama untuk sesi fotografi majalah ‘Intrend’ & ‘Glam’, susunan lampu yang di gunakan pada hari itu untuk ‘Glam’ adalah’Top lighting/hard light’ manakala untuk ‘Intrend’ pula ‘white lighting’. Di sebelah malamnya pada pukul 8.00pm kami mendapat tugasan untuk merakam gambar Sultan Sulu di studio kami & susunan lampu yang digunakan untuk sesi fotografi ini adalah ‘White background’.




19 JANUARI 2011 / MINGGU 3 / BULAN JANUARI
Selalunya setiap bulan saya akan menerima bungkusan kiriman majalah jadual television dari ASTRO iaitu ASTRO VIEW. Tapi hari ini berbeza sedikit ini kerana pada hari ini saya telah mendapat tugasan bersama krew WHITE STUDIO untuk merakam muka depan majalah tersebut di studio A. Ianya di kendalikan oleh jurugambar Wan Izhar, model – model yang hadir pada hari itu terdiri daripada 4 orang pengacara sukan saluran ASTRO. Dalam masa yang sama di studio B pula digunakan oleh Bustamam Mokhtar untuk merakam gambar muka depan majalah GLAM dan kedua – dua sesi ini menggunakan susunan lampu ‘Grey lighting’. Selepas selesai semua sesi fotografi saya serta krew yang lain terus naik ke tingkat palin atas di studio kami untuk membuat persiapan barang ‘prop’ sesi fotografi di atas bumbung pada esok hari.




20 JANUARI 2011 / MINGGU 3 / BULAN JANUARI
Hari ini sesi fotografi bersama dengan majalah GLAM ruangan fashion yang di adakan di luar, di atas bumbung studio WHITE STUDIO. Dikendalikan oleh Wan Izhar. Manakala di studio A pula terdapat sesi fotografi bersama majalah PRESTIGE. Bustamam Mokhtar sebagai jurugambar dan subjek yang diambil pada hari itu berkenaan dengan ‘Personaliti’ dan personality yang hadir pada hari itu adalah Datin Ezrin.





20 JANUARI 2011 / MINGGU 3 / BULAN JANUARI
‘Wake The Baby  Rec. Co.’ adalah merupakan sebuah syarikat rakaman yang berada di bawah urusan komposer & penyanyi terkenal tanah air iaitu Ajai. Pada hari ini saya sangat bertuah kerana dapat bekerja sama dengan syarikat WTB untuk menghasilkan muka depan album bagi artis baru Kalisyah yang bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut. Sesi fotografi di adakan di studio B dan beberapa pakaian telah di pakai sewaktu sesi fotografi dan kesluruhannya terdapat tiga susunan lampu yang di gunakn pada hari itu iaitu ‘White background’,’Burst background/Glam’ & ‘Top light’hard light’ . Di studio A pula telah di adakan sesi fotografi untuk majalah ‘Unreserved’ bagi ruangan fashion. Kedua – dua sesi fotografi tersebut di rakam oleh Bustamam Mokhtar.




MINGGU 3
Hari semakin hari saya semakin selesa berada di WHITE STUDIO, walaupun baru minggu yang ketiga tapi rasanya dah bermacam – macam ilmu yang dapat saya timba.





24 JANUARI 2011 / MINGGU 4 / BULAN JANUARI
Pada hari ini, tiada sebarang aktiviti di studio. Saya melakukan rutin harian seperti mengemas kawasan studio,Membaiki alatan studio. Selain berlatih retouch gambar menggunakan Adobe Photoshop sambil di bimbing oleh Wan Azhar & Baity.




25 JANUARI 2011 / MINGGU 4 / BULAN JANUARI
Sesi fotografi pada hari ini adalah untuk majalah ‘Aksi AF’ kami di beri tugasan untuk merakam gambar Pengetua baru Akademi Fatansia(Rancangan nyanyian reality TV) iaitu A**** ***** dari kumpulan ***A. Sesi hari itu seperti biasa di kendalikan oleh tuan empunya syarikat iaitu Bustamam Mokhtar. Susunan lampu yang digunakan ialah ‘White background’ & ‘Grey Background’. Gambar ini akan melalui proses DI(Digital Imaging) untuk dicantumkan bersama gambar artis yang lain.




26 JANUARI 2011 / MINGGU 4 / BULAN JANUARI
Gementar rasanya untuk menempuh hari ini,walaupun hari ini tiada sebarang sesi fotografi tetapi kami sekeluarga WHITE STUDIO akan menerima rombongan tetamu dari jauh. Datangnya dari UITM Melaka, jurusan Diploma Fotografi. Mereka  akan datang melawat ke studio kami pada hari ini. Gementar bagi saya yang buat pertama kalinya kehadiran pelajar – pelajar UITM tersebut & Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada hari itu.




27 JANUARI 2011 / MINGGU 4 / BULAN JANUARI
Pada hari ini, tiada sebarang aktiviti di studio. Saya melakukan rutin harian seperti mengemas kawasan studio,Membaiki alatan studio. Selain berlatih retouch gambar menggunakan Adobe Photoshop sambil di bimbing oleh Wan Azhar & Baity.




28 JANUARI 2011 / MINGGU 4 / BULAN JANUARI
Pada hari ini, tiada sebarang aktiviti di studio. Saya melakukan rutin harian seperti mengemas kawasan studio,Membaiki alatan studio. Selain berlatih retouch gambar menggunakan Adobe Photoshop sambil di bimbing oleh Wan Azhar & Baity.





MINGGU 4
Genap sebulan sudah saya berada di WHITE STUDIO. Dalam masa sebulan pelbagai pengalaman & pelajaran baru yang saya belajar di sini. Berjenis – jenis susunan lampu yangyang telah saya pelajari,dari yang asas sehingga lah ke kompleks telah saya pelajari.




1 FEBRUARI 2011 / MINGGU 5 / BULAN FEBRUARI
Hari ini sehingga hari ahad  WHITE STUDIO tidak mempunyai sebarang sesi fotografi dan seperti hari – hari lapang yang biasa kami akan mengemas,membersihkan studio serta membetulkan segala peralatan yang rosak di dalam studio. Saya juga sempat mempelajari cara untuk bermain warna serba sedikit di dalam Photoshop.





2 FEBRUARI 2011 / MINGGU 5 / BULAN FEBRUARI
Hari ini saya di beri kepercayaan oleh Wan Izhar untuk membersih kan gambar- gambar yang telah dirakam oleh beliau atau kata nama lain nya ‘Touch up’. Memandangkan pada  minggu ini kurang sesi fotografi Wan Izhar telah memberi saya beberapa keping gambar untuk di ‘Touch up’ semula.





3,4,5 & 6 FEBRUARI 2011 / MINGGU 5 / BULAN FEBRUARI
Cuti Tahun Baru Cina




MINGGU 5
Minggu yang kosong, tidak padat dengan sesi fotografi seperti hari – hari biasa. Masa banyak diluangkan di depan computer Mac di studio untuk ‘Touch up’ gambar yang di rakam sebelum ini.





7 FEBRUARI 2011 / MINGGU 6 / BULAN FEBRUARI
Untuk sesi fotografi hari ini kami di beri tugasan untuk merakamkan gambar pengiklanan bagi syarikat ‘Sunrise’ di Montkiara & dalam hari yang sama juga sesi fotografi bagi majalah EH juga turut di adakan. Hari ini saya mempelajari lebih mendalam tentang pencahayaan ‘Grey lighting’ yang di terangkan oleh Saiful Azwan.






8 FEBRUARI 2011 / MINGGU 6 / BULAN FEBRUARI
Hari ni tiada sesi fotografi yang di jalankan di WHITE STUDIO. Seperti biasa saya menjalankan rutin harian saya jika tiada sesi fotografi di studio. Hari ini juga terdapat satu sesi temuduga untuk pengambilan kerja sebagai pebantu ‘Retoucher’ di WHITE STUDIO.





9 FEBRUARI 2011 / MINGGU 6 / BULAN FEBRUARI
Seperti hari semalam hari ini juga tiada sesi fotografi yang di jalankan di WHITE STUDIO. Seperti biasa saya menjalankan rutin harian saya jika tiada sesi fotografi di studio. Hari ini juga terdapat satu lagi sesi temuduga untuk pengambilan kerja sebagai pebantu ‘Retoucher’ di WHITE STUDIO.





10 FEBRUARI 2011 / MINGGU 6 / BULAN FEBRUARI
Hari ini dua sesi fotografi serentak di jalankan di studio A & B,(Studio A : Astro View + Aksi AF , Studio B : Cosmopolitan Make Over)  kedua  dua sesi fotografi di kendalikan oleh Wan Izhar ini kerana WHITE STUDIO kekurangan jurugambar iaitu Bustamam Mokhtar kerana beliau telah di beri tugasan oleh ‘client’ di Sabah untuk merakam kan gambar di pertunjukan fashion ‘J Khan’ di Sabah mulai 9 Februari  sehingga 11 Februari. Tidak di nafikan hari ini hari yang sangat memenatkan bagi kami semua.




11 FEBRUARI 2011 / MINGGU 6 / BULAN FEBRUARI.
Hari ini sesi fotografi padat. Seperti biasa ianya di jalankan serentak di kedua – dua studio A & B. hari ini sesi fotografi bagi majalah ‘Intrend’  & majalah Cosmopolitan bahagian make over & personality. Yang saya perasan kebanyakan susunan lampu akan di mulakan denga lampu asas iaitu ‘7 Foot Umbrella’ & ‘Soft box’, selepas itu ianya akan ditambah kan lagi dengan lampu – lampu yang lain.




MINGGU 6
Seminggu yang penuh dengan sesi fotografi,yang mampu saya ungkapkan. Penat & Teruja! Dan Alhamdulillah saya semakin mahir dengan peralatan – peralatan di dalam studio.




14 FEBRUARI 2011 / MINGGU 7 / BULAN FEBRUARI
Terdapat sesi fotografi untuk muka depan ‘Cosmopolitan’ tetapi saya tidak dapat hadirkan diri ke studio kerana atas sebab – sebab kesihatan yang tak membenarkan,saya mengalami ruam mata yang teruk sehingga mendapat nasihat daripada Doktor untuk merujuk ke Hospital Selayang Kuala Lumpur.





15 FEBRUARI 2011 / MINGGU 7 / BULAN FEBRUARI
Cuti Maulidul Rasul




16 FEBRUARI 2011 / MINGGU 7 / BULAN FEBRUARI
Sesi fotografi di adakan di studio A untuk majalah ‘GLAM’ dan sesi kali ini di kendalikan oleh Wan Izhar . Susunan lampu yang digunakan pada hari ini adalah ‘Grey ‘ & seperti biasa kamera medium format Mamiya atau lebih di kenali ‘One two O’ akan di gunakan setiap kali sesi fotografi di adakan dan lensa kamera tidak akan pernah tetap,ianya akan ditukarkan setiap masa mengikut kesesuaian, kebiasaan nya lensa 150mm akan di gunakan untuk gambar portrait manakala 80mm untuk gambar normal dan 30mm akan digunakan untuk ‘wide’.





18 FEBRUARI 2011 / MINGGU 7 / BULAN FEBRUARI
Hari ini terdapat sesi fotografi untuk majalah ‘Intrend’ ,di kendalikan oleh Wan Izhar, tidak seperti hari – hari lain, hari ini seperti hari baru bagi saya di WHITE STUDIO,saya mendapat satu suntikan semangat untuk bekerja denga lebih tekun & Alhamdulillah saya bersyukur.





19 FEBRUARI 2011 / MINGGU 7 / BULAN FEBRUARI
Bagi pekerja – pekerja di WHITE STUDIO bekerja pada hari minggu adalah ‘OT’ tapi tidak bagi saya,saya tidak mengharap kan apa – apa wang ringgit dari sepanjang latihan industri saya ini cuma dengan dada yang terbuka saya cuma mengharapkan segala ilmu di WHITE STUDIO dapat di curahkan ke saya dan Alhamdulillah kerana kesemua orang di sini tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu bersama saya,pada hari ini pukul 2 petang kami di tugaskan untuk merrakam gambar pelumba – pelumba motocub prix di bawah syarikat ‘Penzoil Oil’, tetapi setelah beberapa jam menunggu sehingga pukul 4 petang kami semua mendapat berita yang kurang menyenangkn dari pihak ‘Penzoil Oil’, mereka memberi tahu bahawasa nyasesi fotografi tersebut di tangguhkan kepada pukul 8 malam atas alasan – alasan yang tak dapat di elakan. Sesi fotografi dimulakan lewat pada pukul 10 malam, susunan lampu grey menjadi pilihan pihak syarikat ‘Penzoil’ dan segalanya tamat pada pukul 1.45am, penat,itu sahaja yang kami mampu ungkapkan.





MINGGU 7
“Alah tangkap gambar kan senang jee…tekan butang je lepas tu siap…”
-Si polan-
Yah….’Malaysian tipical’ bila mereka dengar sahaja fotografi mereka akan cakap benda yang mudah untuk di buat, yah bila anda duduk di sini(di tempat kami sebagai jurugambar) rasailah sendiri kerna ini bukan kerja mudah.






21,22,23,24,25,26 & 27 FEBRUARI 2011 / MINGGU 8 / BULAN FEBRUARI
Seminggu di  WHITE STUDIO tidak mempunyai sebarang sesi fotografi dan seperti hari – hari lapang yang biasa kami akan mengemas,membersihkan studio serta membetulkan segala peralatan yang rosak di dalam studio. Saya juga sempat mempelajari cara untuk bermain warna serba sedikit di dalam Photoshop.





MINGGU 8
Minggu yang lapang di WHITE STUDIO dan banyak kesempatan yang ada saya gunakan untuk pelajari teknik – teknik ‘Touch Up’ dan cara – cara menggunakan susunan lampu yang betul.





1 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Tiada sesi fotografi dan merupakan hari terakhir untuk persiapan terakhir Bustamam Mokhtar & Razif Razali untuk membuat persiapan mereka untuk sesi fotografi di Paris bersama majalah ‘GLAM’, saya turut serta mebantu mereka untuk membuat persiapan buat kali terakhir.





2 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Tiada sesi fotografi dan seperti hari – hari lapang yang biasa kami akan mengemas,membersihkan studio serta membetulkan segala peralatan yang rosak di dalam studio. Saya juga sempat mempelajari cara untuk bermain warna serba sedikit di dalam Photoshop. & pada hari ini juga Bustamam Mokhtar & Razif Razali berangkat ke Paris.





3 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Tiada sesi fotografi dan seperti hari – hari lapang yang biasa kami akan mengemas,membersihkan studio serta membetulkan segala peralatan yang rosak di dalam studio. Saya juga sempat mempelajari cara untuk bermain warna serba sedikit di dalam Photoshop.





4 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Sesi fotografi bersama artis baru tanah air iaitu Gambit, kami di berikan tugasan untuk merakam kan gambar profil untuk Gambit, sesi bermula pada pukul 8pm walaupun temu janji asalnya pada pukul 3pm. Dikendalikan oleh Jurugambar Wan Izhar & Saiful Azwan. Dan semuanya tamat pada pukul 3 am






5 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Pada belah paginya para pelajar UIA datang melawat ke WHITE STUDIO dan pada tengah harinya pula sesi fotografi untuk MIFA  dia adakan, 6 pereka fesyen yang hadir daripada 14 yang dicalonkan untuk menjalani sesi fotografi & Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.





7 MAC 2011 / MINGGU 9 / BULAN MAC
Para pelajar dari UITM Shah Alam dating melawat ke WHITE STUDIO dan hari ini juga merupakan hari terakhir saya untuk menimba ilmu di sini, saya berasa bangga kerana telah di berikan peluang untuk menjadi salah seorang ahli keluarga WHITE STUDIO dan saya harapkan di masa – masa akan datang kita akan berjumpa lagi…Assalamualaikum.





 p/s : Buku log aku tersangatlah tak lengkap macam senior aku wat dulu...;P