7/04/11

Review untuk filem animasi 3D 'Rio' ( Tayangan awal April 2011)

Salam..


:: Poster Filem Rio ::

Huhu...tq to my Apam yang rajin teman kan aku ke sana sini :D

Hari ni macam biasa aku bangun awal pagi..pukul 12.00pm....yes itu awal pagi bagi aku sebab aku follow waktu England punya pagi....hahahahaha..
sedar tak sedar rupanya phone aku dah banyak dengan longgokan misscall dan mesej dari Apam aku...aku tak sedar sebab phone aku silent ( Template reason :P teeet!..)

baru aku teringat yang hari ini aku ada temu janji dengan Apam aku...dia nak temankan aku pergi ambik lense aku yang aku hantar betulkan dekat Nikon Centre kat TS(Time square) dua minggu lepas ( Dayium! kena keluar duit lagi nak bayar lense..takpe-takpe untuk Fav lense aku apa saja akan aku turutkan...cewah! haha..)
dah lepas aku ambil Fav lense aku kat NC aku pun teruskan aktiviti dengan breakfast(4.30pm) bersama Apam aku di Subway TS.

lepas breakfast baru lah aku pergi tengok cerita Rio nih & aku ada review sikit untuk filem Rio nih ;)

rio movie photo 1
rio movie photo 2
rio movie photo 3

:: Sedutan-sedutan menarik dari filem Rio ::


:: Trailer Filem Rio ::



Pengarah :
Carlos Saldanha (Ice Age)


Lakonan :
Anne Hathaway, Rodrigo Santoro,  George Lopez, Jake T. Austin, Carlos Ponce,Will I Am

Sinopsis : 
Cerita ni mengisahkan dua ekor burung yang rare dari spesis Macaw(Burung ni special sebab dia warna biru) yang hanya tinggal dua ekor je kat dunia. Burung ni sepasang,yang jantan nama dia Blu(Blu tak pandai terbang sebab dia ni di besar kan dari kecik sampai besar bersama dengan manusia so dia takut sikit nak terbang) & betina pulak nama dia Jewel,pengembaraan ni bermula lepas Blu & Jewel ditangkap oleh pemburu haram yang berada di Rio Brazil,Semasa pengembaraan mereka bersama mereka telah banyak belajar tentang erti persahabatan,percintaan,galakan & berfikiran terbuka dengan alam semula jadi dari kawan-kawan burung & anjing yang telah mereka jumpa.

Yang best : 
Jalan cerita senang faham,sweet,happy ending,grafik ok lah...burung dia sumpah cute-cute haha(takleh lawan grafik Ringo...WIN 
penuh dengan nyanyian dan semestinya kelakar!


Yang kureng : 
Filem ni pendek kot sebab aku tak terasa sejuk pun masa duduk dalam panggung wayang walaupun masa tu aku pakai seluar pendek+selipar+baju nipis ~_~" hahahaha...

Kesimpulan :
Siapa yang sebelum-sebelum ni penah tonton filem animasi Ice Age atau peminat setia filem animasi Ice Age atau peminat game Iphone/Android Angry Bird aku sarankan korang patut tengok cerita nih...huhu berbaloi! 
kesimpulannya filem ni wajib tonton ;)

Bintang :
   



Tiada ulasan: