1/07/11

Selangkah lagi ke hadapan & ikan berkepala lutsinar

Salam

Fuh pejam celik,celik pejam kejap je dah dua bulan....dalam masa dua bulan yang lepas tu jugak lah aku duk sibuk dengan pameran diploma projek tahun akhir aku dekat Universiti tempat aku belajar....

Alhamdulillah pameran diploma projek tahun akhir aku berjalan dengan lancar...terima kasih kepada semua orang yang sudi meluangkan masa untuk hadir meliwat melawat & melihat sendiri hasil kerja seni kita orang walau tak seberapa pun kerja seni kitaorang....insyaallah nanti aku akan upload dekat blog ni hasil kerja-kerja kraf tangan aku yang aku pamerkan dekat pameran tu =)

Mula-mula lepas habis study nih aku ada jugak target nak sambung habiskan belajar lesen scuba diving aku yang tergantung separuh jalan dulu tu...ingat nak stay Shah Alam dalam dua tiga bulan lagi untuk fokus study lesen scuba diving tu tapi.....harapan tinggal harapan....sebab aku terpaksa ambil lesen tu tahun depan di atas sebab-sebab yang tak boleh di elakkan...sumpah sedih....rindu kat laut pun satu hal....aku teringin nak pergi dive dekat laut lagi... batu-batu karang,ikan-ikan semuanya cantik & sangat memukau kot =( banyak sangat benda-benda menakjubkan dekat dalam laut tu...

Alang-alang aku dah bukak cerita fasal laut ni aku terjumpa satu video mengenai binatang dalam laut jugak ni tapi bezanya ni binatang laut dalam....kebanyakan muka-muka binatang laut dalam ni bentuk muka diaorang  macam bentuk muka dari band Slipknot(Sila klik link nih kalau tak tahu) lol...tapi yang membuatkan binatang ni berbeza sikit dari binatang laut dalam lain ialah kepala binatang tu sendiri....binatang tu mempunyai kepala yang lutsinar....untuk lebih kepastian aku syorkan korang layan vid nih....


-Ikan berkepala lutsinar-


p/s : sedar tak sedar da dua bulan aku tak update blog aku nih....haiissh~



Tiada ulasan: