Penemuan baru yang sudah lama di amalkan oleh orang-orang Melayu sejak zaman cerita Labu & Labi lagi....it's good for your brain! lolololol
:: Super LOL Yoga ::
p/s : Waktu sekolah dulu selalu gak kena denda dengan cikgu...cikgu suruh aku buat Super Brain Yoga...tapi ni jugak aku....al-bengap bin al-lembab lololololol!
Selalu dulu waktu zaman kanak-kanak ribena dulu aku suka gak main patung perang-perang ni....waktu tu segala effect tembakan & letupan hollywood dari patung-patung mainan tu aku just imagin kan dalam otak je masa tu...hahahaha...
So masa aku tengah tubewalking tadi aku terjumpa satu vid yang so coolblog yang membuatkan aku terasa nak main balik permainan perang-perang ni dengan jiran-jiran sebelah rumah aku wahahahaha....
vid ni menggunakan perisian adobe after effect untuk menghasilkan effect tembakan dan letupan realistik....so jom layan vid ni!
p/s : tak boleh bla polis tu siap pakai pistol sendiri tuh lol
Aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku bersekolah & membesar dekat kawasan kampung...so culture di kampung sesangat lah lain dari culture di bandar....bayangkan contoh jika anda seorang pelajar perempuan free hair yang bersekolah di sekolah lama aku anda berkemungkinan besar akan disisihkan oleh pelajar-pelajar lain atau berkemungkinan besar akan dikaunselingkan oleh guru kaunseling yang selalu berpura-pura baik,It's a fact dude!
Dengan kata nama lainnya mereka tak berfikiran terbuka...dan biasanya prestasi & pemikiran sesebuah sekolah akan terletak di tangan pengetua sesebuah sekolah tu balik...so majoriti pengetua aku waktu sekolah dulu sangat bullshit mengarut...bayangkan pernah dulu ada rule sekolah menengah aku melarang keras budak pakai kasut tapak merah(kasut sepak takraw warrior) dengan alasan kasut tu berjenama boleh menimbulkan perasaan bongkak dekat student-student yang pakai....bullshit kan? & banyak lah lagi rule yang bullshit yang di sediakan oleh pengetua-pengetua aku dulu....shame on me sebab lambat berkembang...
So dekat sini aku nak tunjukkan satu vid yang super awesome untuk seorang pengetua yang sangat coolblog!
tak banyak info yang aku dapat tapi yang aku pasti beliau merupakan pengetua di salah sebuah sekolah di Hong Kong....watch & learn Mr,Mrs. Principle!
Fuh pejam celik,celik pejam kejap je dah dua bulan....dalam masa dua bulan yang lepas tu jugak lah aku duk sibuk dengan pameran diploma projek tahun akhir aku dekat Universiti tempat aku belajar....
Alhamdulillah pameran diploma projek tahun akhir aku berjalan dengan lancar...terima kasih kepada semua orang yang sudi meluangkan masa untuk hadir meliwat melawat & melihat sendiri hasil kerja seni kita orang walau tak seberapa pun kerja seni kitaorang....insyaallah nanti aku akan upload dekat blog ni hasil kerja-kerja kraf tangan aku yang aku pamerkan dekat pameran tu =)
Mula-mula lepas habis study nih aku ada jugak target naksambung habiskan belajar lesen scuba diving aku yang tergantung separuh jalan dulu tu...ingat nak stay Shah Alam dalam dua tiga bulan lagi untuk fokus study lesen scuba diving tu tapi.....harapan tinggal harapan....sebab aku terpaksa ambil lesen tu tahun depan di atas sebab-sebab yang tak boleh di elakkan...sumpah sedih....rindu kat laut pun satu hal....aku teringin nak pergi dive dekat laut lagi... batu-batu karang,ikan-ikan semuanya cantik & sangat memukau kot =( banyak sangat benda-benda menakjubkan dekat dalam laut tu...
Alang-alang aku dah bukak cerita fasal laut ni aku terjumpa satu video mengenai binatang dalam laut jugak ni tapi bezanya ni binatang laut dalam....kebanyakan muka-muka binatang laut dalam ni bentuk muka diaorang macam bentuk muka dari band Slipknot(Sila klik link nih kalau tak tahu) lol...tapi yang membuatkan binatang ni berbeza sikit dari binatang laut dalam lain ialah kepala binatang tu sendiri....binatang tu mempunyai kepala yang lutsinar....untuk lebih kepastian aku syorkan korang layan vid nih....
-Ikan berkepala lutsinar-
p/s : sedar tak sedar da dua bulan aku tak update blog aku nih....haiissh~