15/12/12

Life Of Pi (Wajib Tonton)





Salam.

Teringat pernah tengok wayang sorang2....dalam pawagam tu hamba seorang je masa tu dari awal sampailah habis + duduk seat paling belakang sekali -_-"

sampai sebelum mula tayangan tu org yang jaga projektor tu siap jerit tanya dari atas
"ADA ORANG KE TAKKK NIII???KALAU TAKDE KAMI TAK PLAY MOVIEEE!!!!"

hamba pun jerit dari bawah
"BANG ADA SAYA NI HAH SORANGG!!!PLAY JE BANGG!!!"

"eah! ada orang lah....play cepat play" kata beliau kepada kawan beliau..

cinema terus gelap & xde iklan...movie terus play
hahaha....

FYI masa tu hamba tonton movie Thailand 'Power Kids' :D

sekarang ni 'Panggung Wayang Gambar' atau nama lainnya yang di beri oleh seniman agung kita Tan Sri P.Ramlee iaitu 'Pawagam' tengah hot dengan movie 'Life of Pi' yang di adaptasi dari novel terkenal.

hamba pernah tertonton trailer nya di pawagam masa sebelum movie start
first impression untuk trailer nya sangat WOW! dan benda ni buat hamba nak sangat menonton lagi movie ni atas sebab budak sorang nih <3 br="br">

- Me & Pam dekat Stadium Bukit Jalil Harimau Malaya VS Gajah Putih 2012  -
Pam ni rupanya lagi hebat....dia dah baca habis dah novel tu beberapa tahun yang lepas semasa beliau berada di bangku sekolah menengah lagi & dia kata novel tu sangat awesome!,so itu antara reason lagi kuat kenapa hamba nak pergi menonton di pawagam filem tu...


- Novel Life Of Pi yang di miliki oleh Pam & yang di snap sendiri oleh pam  -

Insya kalau ada rezeki nanti hamba nak cuba buat review filem ni macam review filem2 yang hamba tonton sebelum ni ;)


p/s : Setiap kali dengar tajuk movie ni mesti teringat 'Pie' sedapnya kalau dapat makan...lagi2 kalau pie pisang :D nomnomnom!


Tiada ulasan: