18/08/12

Selamat Hari Raya maaf zahir batin & selamat hari jadi Malaysia + Hamba bersama Tun Mahathir (Gambar)

Selamat Hari Raya maaf zahir  batin & selamat hari jadi Malaysia
Salam..

KONVOI- Alhamdulillah habis dah konvoi jelajah seluruh Malaysia yang bermula pada Feb 2012 lepas sehingga  Ogos 2012(tarikh detail hamba tak ingatlah ~_~")...habis semua pelusuk negeri dalam Malaysia ni hamba dah jelajah :D

Pelbagai kenangan & ilmu yang hamba dapat timba,Kalau korang nak tahu jelajah satu Malaysia ni memang cita-cita hamba sejak kecik lagi & terharu gak lah cita-cita ni hamba dapat gapai dalam waktu yang muda ;)
,satu lagi cita-cita hamba sejak dari kecil ialah hamba teringin sangat nak bersua muka dengan mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir, guest what? baru-baru ni juga hamba telah di beri kesempatan untuk bersua muka dengan beliau :D ,sumpah happy tak terkata...hamba nak buat pengakuan sikit...kalau korang semua nak tahu hamba sangat obses gila dengan gambar 'Hamba bersama Tun' sampaikan setiap selang 5 minit mesti hamba akan tengok gambar tu,hamba siap buat wallpaper lagi kat dalam handphone hamba....hehehe... :P

Hamba bersama Tun  ;)


RAYA- Pejam celik,pejam celik....Ramadhan dah pun berlalu pergi meninggalkan kan kita semua & hari ni bersamaan 1 Syawal 1433H telah hadir mengantikan Ramadhan,selamat tinggal Ramadhan insyaallah kalau ada rezeki & umur yang panjang kita jumpa lagi tahun depan :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin kepada semua orang yang mengenali diri hamba :)
,macam biasalah...setiap tahun hamba akan menyambut Raya dengan besederhana je :) tak ada nak jalan-jalan raya sangat,tak ada nak baju baru sangat....sempoi je apa ada lanyak asalkan hamba happy hehehe...
nak minta maaf kat blog ni jugak sebab lama sangat tak post entry baru...sibuk dengan konvoi huhuhu.. :)

Salam lebaran....


p/s : insya ingat nak share gambar-gambar semasa konvoi jelajah satu Malaysia kat dalam blog ni nanti ;)



Tiada ulasan: