1/01/11

Photographer think out of box! ( speaking london lak aku ni haha)

Salam...

Hahaha....tak sangka rajin lak aku nak menaip-menaip ni hahaha....
entry aku kali ni aku nak nak bagi pandangan aku sendiri lah dari video yang di releasekan oleh KB (kuku besi)

Video tu di tuju khas untuk photographer-photographer yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia foto ni....
Kalau korang perasaan lah.....photographer skang ni dah macam 'cendawan tumbuh lepas hujan'.....punye lah bersepah photographer wanabe nih....betul memang dah terlalu ramai kalau korang tengok sendiri....dah ada macam-macam nama company & production camera aku dengar sekarang....hahaha.....dan nama-nama dia orang kadang-kadang leh buat aku rasa nak gelak kuat-kuat je hehehe(nama masing-masing nak best je...gmabr tu juagk macam dari camera handphone je aku tengok hehehe..)...

'Zaman dah berubah'.....itu kata kunci nya sekarang.....sekarang zaman dah zaman digital....senang...semua orang dah pandai tangkap gambar dah....budak-budak tadika pun dah geti guna DSLR dah zaman sekarang ni...

Snap..je pastu on da spot boleh tengok result dia....kalau tak jadi je buang...pastu snap balik...tak jadi buang....snap lagi sekali & seterusnya sampai lah jadi...
tak macam zaman SLR filem....kalau nak snap gambar...kena habis kan satu roll filem(35 or 37 pcs in one film aku tak ingat)

lepas habis snap satu roll tu nak kena cuci pulak....nak cuci kena melalui proses develop filem dulu kat dalam bilik gelap....masa develop tu pun ada risiko dia jugak....kalau salah campur bahan or terdedah dekat cahaya filem boleh burn serta merta & boleh menyebabkan....KERUGIAN!

lepas proses develop nak kena buat proses print pulak...pun dalam bilik gelap jugak(serius aku tak tipu nak buat benda-benda ni sangat leceh dan susah sebab aku dulu dah menghadap benda-benda ni masa awal-awal sem aku belajar dulu) pun berisiko gak...kalau salah timing expose filem tu kat atas kertas print tu or salah campur bahan boleh menyebabkan KERUGIAN! & banyak lagi proses-proses yang nak kena buat untuk filem ni sebenarnya...

so itu bezanya....zaman dulu dengan zaman sekarang....seni tangkap gambar tu sangat-sangat lah halus masa zaman dulu....untuk menjadi kan sekeping gambar tu macam-macam proses nak kena buat & macam-macam risiko nak kena ambik....tapi zaman sekarang ni zaman digital...benda ni serba sedikit telah mengurangkan kesenian dalam  menangkap gambar ni...(kalau pening sila baca sampai faham rangkap ni hehe...kalau tak faham gak tanya aku ok! ;) )
so harga seni tu kian jatuh...
tu sebab aku tak pelik bila tengok makin ramai je photographer wanabe nih..kerja senang....hehehe...

tapi bagi aku zaman digital ni ada bagus nye gak...antara reason yang aku paling suka dalam era digital ni adalah JIMAT! yes....sangat jimat sebab....kalau guna DSLR bateri camera boleh cas banyak kali...tak perlu beli bateri lagi....klu nak snap gambar nak simpan gambar....just guna memori kad je...kalau penuh bleh delete gambar-gambar yang tak nak pakai tu....tak payah nak beli-beli filem....hehehe...

Dulu photographer memang senang nak cari makan sebab tak ramai pesaing...tapi sekarang....ppfffftt!!
pesaing ramai....cuma membezakan photographer-photogrpaher sekarang ni kreatif dengan tak kreatif je...
so please think out of box....jika benar anda nak berkarya dengan mengunakan DSLR =)


p/s : Berkarya & berfikir!

Tiada ulasan: