Ini Fesbuk Saya! |
-Baru2 ni aku pelik bin ajaib bila....dalam facebook aku bleh tertulis...
NO FRIENDS ONLINE
-Pelik gak mula2 rasa....daripada 1000++ kawan2 aku dalm facebook tu...sorang pun tak online ~_~"
-tapi bila di tolak tambah bahagi darab.....baru aku sedar rupenye hari ini hari raya...hari raya bermaksud semua orang balik kampung....tapi yang membezakannye di sini...kampung saya dan mereka....kampung mereka xde WIFI tapi kampung saya ade....(show off jap hehehe...jangan ambik hati lak ;))
-So untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang raya..sebab aku masih dalam mood raya ;D
Halal Mercun & Haram Jalan di waktu Raya ?
Mercun Osama(tempat aku panggil) |
-Pihak Polis,pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggung jawab juga tak terkecuali semasa musim perayaan...mereka melarang sekeras-kerasnya mercun dan di labelkan haram untuk bermain.
-Mereka juga menjalankan OPS SIKAP...bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya...
-TAPI!......terfikir kah anda.....berapa ramai yang mati & tercedera terkena mercun? dan berapa ramai pula yang tercedera & mati dalam kemalangan jalan raya?
-Dari kajian yang aku buat sendiri berdasarkan fakta berita dan surat khabar(kalau korang rasa nak betulkan fakta aku ni silakan dan dialu-alu kan)...peratus kematian & kecederaan jalan raya lebih tinggi daripada peratus kemalangan bermain mercun...
Kemalangan yang jatuh hukum Haram dengan secara automaktik nya..hehe |
-So di sini aku terfikir...secara warasnya....adekah patut mercun di haramkan?atau....kenderaan-kenderaan di haramkan untuk berada di atas jalan raya?
-Logik akal mengatakan tidak patut untuk diharamkan penggunaan kenderaan....kerana ianya satu keperluan...bila ianya di fikirkan daripada sudut positif.....tapi dari sudut negatifnya kenderaan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti pencemaran,kemalangan,kebakaran,kecederaan,kematian,kenaikan kos sara diri dan sewaktu denganya....
-Mercun secara negatifnya pula boleh menjadi masalah-malasah kecederaan,kematian,kebakaran,pencemaran.....tapi dari sudut positifnya ianya mendatang kan kemeriahan di waktu-waktu perayaan,boleh buat halau binatang buas(kat rumah aku selalu guna halau beruk hehe),boleh digunakan sebagai alat bantuan kecemasan ketika sesat di hutan,boleh buat bahan api dan sewaktu dengannya..
-So di sini ada nya Pro & Contra....untuk mercun dan kenderaan....
-Untuk masalah kemalangan Jalan raya pihak yang bertanggung jawab sudah pun menjalankan Ops yg sepatutnya untuk mengurangkan kematian dan kemalangan....tapi...ada tak pihak yang bertanggung jawab menjalankan Ops sesuai untuk mercun?yang mereka tahu ialah terus mengHARAMkan sahaja...(kerja senang...gaji masuk gak)
-So fikirkanlah...bagi aku secara peribadi mercun tu sama je bahaya nya dengan kemalangan jalan raya cuba bezanya cara kita mengawal nya.....
-Untuk pihak bertanggung jawab,cubalah mereka buat perubahan sikit...be positive & creative...kalau rakyat selalu di sekat pemikiran nya kita jugak turut di sekat perkembangan nya....bukan nak suruh dia orang jadi pengebom(itu lah majoriti pemikiran nak negatif saje =S ) cuma bayangkan dari satu pengalaman akan terbit nye idea baru....bukannya ambil tindakan mudah untuk menfatwakan HARAM!
-Fikir-fikirkan....adakah 'Rakyat di dahulukan ,Pencapaian di utamakan'? (benda ni pun buat aku konfius entah yang mana satu dulu...rakyat ke pencapaian?)
p/s : Arak kamu(Pihak yang bertanggung jawab) jual di negara Malaysia ini,Judi kamu benarkan di negara Malaysia ini dan agama rasminya pula Islam...tapi sadarkah kamu bahawasanya kesemua benda-benda itu HARAM?tapi HALAL pula di sisi kamu yang membenarkannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan