10/04/10

Nostalgia...Tijhaz

Sunday, February 28, 2010
................................

Tijhaz
Idea by Nuramin
Script by ....Myra.... Jamaludin






.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..

.. ..


Diploma in Photographic Technology 04
Director : Ahmad Al-Arfan Bin Malik
Producer : Nuramin Bin Talib
Script Writter : Jalilah Amirah Jamaludin
Assistant Script : Nurul Ain Syafiqah
Camera OP : Abdul Halim Bin Salleh
Camera Assistant : Mohd Faisol Bin Mustafa
Art Director : Abdul Halim Bin Salleh
Editor : Nuramin Bin Talib
Assistant Editor : Mohd Syafiq Bin Rasol
Sound / music : Jalilah Amirah Jamaludin


Date: 3 February 2010 Version: 01

BABAK 1
Tajuk TIJHAZ

BABAK ....2
EXT. STREET..... NIGHT
Terdapat seorang lelaki melayu yang sedang berjalan seorang diri di sebuah lorong gelap yang hanya diterangi cahaya lampu jalan yang samar-samar. Dia terus melalui lorong gelap tersebut. Tanpa beliau sedari, terdapat sebatang lilin yang sedang menyala di tepi lorong gelap itu. Lilin tersebut terpadam ketika lelaki itu melewati dan terus berlalu pergi.

BABAK 3
INT. HOUSE. NIGHT
Di dalam sebuah rumah (dari sudut rak kasut) kelihatan seorang lelaki ....India.... sedang bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Dia memilih kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian dia pada malam itu. Setelah siap beliau terus membuka pintu dan memadamkan suis lampu lalu terus menutup pintu rumah itu dan keluar dari rumah.

BABAK 4
EXT.STREET. NIGHT.
Sebatang jalan yang sunyi dan gelap gelita hanya di terangi dengan curahan cahaya bulan purnama yang samar-samar terangnya, tiba-tiba diterangi oleh lampu sport dari sebuah kereta proton wira yang dipandu secara perlahan-lahan. Kereta itu berhenti di tepi jalan lalu terus memadamkan lampu dan mematikan enjin kereta. Tindakan itu telah menyebabkan jalan di sekitar tersebut telah menjadi gelap gulita dan sunyi semula.

BABAK 5
INT. ROOM. NIGHT.
Di dalam sebuah rumah bujang terdapat seorang lelaki melayu yang sedang rancak melakukan perbuatan haram bersama teman-teman. Mereka berjudi dari taruhan serendah-rendah 20 sen sehingga setinggi-tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tipu helah lelaki melayu tersebut akhirnya terbongkar. Kemenangan tanpa kekalahan lelaki melayu tersebut di dalam perjudian itu akhirnya terbongkar apabila beberapa keping kad terup yang diselitkan didalam lengan baju lelaki melayu itu telah jatuh. Dalam keadaan yang takut dan cemas lelaki melayu tersebut terus berlari keluar dari rumah bujang itu kerana takut dipukul oleh teman-teman seperjuadiannya, dia terus melarikan diri dengan menaiki sebuah motorsikal Yamaha lagenda,di sebab kan terlalu marah salah seorang dari rakan seperjudiannya yang merupakan seorang lelaki berbangsa cina telah menelifon untuk mendapatkan bantuan dari kawanya yang berada di tempat lain untuk mengejar lelaki melayu tersebut, kedengaran perbualan mereka dalam bahasa cina.


.. ..

BABAK 6
INT. CAR. NIGHT.
Di dalam sebuah kereta yang diparkir dibahu sebatang jalan yang sunyi, kelihatan seorang lelaki ....india.... sedang dalam keadaan mabuk. Jelas kelihatan botol arak di tangannya. Dari reaksi muka dan bebelan lelaki ..india.. itu dia kelihatan seperti sedang dilanda masalah-masalah yang besar, jelas di tangan lelaki tersebut terdapat sekeping gambar seorang wanita ....India.... yang cantik berukuran pasport. Tiba-tiba beliau terasa satu hentakan yang sngat kuat hingga menyebabkan kereta beliau berganjak sedikit ke depan. Hentakan kuat itu datangnya dari arah belakang kereta dia. Lelaki india itu sedar bahawa kereta beliau telah di langgar oleh sebuah motor dari arah belakang,dengan penuh rasa marah dan bengang...dia terus keluar dari kereta sambil mencapai ‘stereng lock’ yang berada di sisi tempat duduk kereta. Berlaku satu pertengkaran dengan penunggang motorsikal tersebut. Akibat terlalu marah dan mabuk tanpa befikir panjang lelaki ....india.... tersebut telah memukul penunggang tersebut dengan menggunakan ‘stereng lock’ yang berada di dalam genggamannya.


BABAK 7
INT. CAR. NIGHT
Kelihatan sebuah kereta sedang bergoyang-goyang seperti sesuatu aktiviti yang rancak sedang berlangsung didalam kereta. Dalam jangka masa yang agak lama, kondisi kereta itu mula reda. Terdapat seorang lelaki cina sedang bersandar ditempat duduk pemandu. Dia kelihatan begitu penat dan lesu. Lelaki cina itu mencapai sebatang rokok lalu menyalakannya. Dia menghisap rokok itu dengan penuh rasa puas dan lega.Tiba-tiba kedengaran deringan telifon bimbit yang berbunyi dari arah lantai di dalam kereta itu. Tanpa berlengah-lengah lelaki cina itu menghidupkan lampu di dalam kereta itu dengan tujuan untuk menyenangkan dia mencari telifon bimbit yang terjatuh itu. Berbekalkan cahaya lampu didalam kereta itu kelihatan jelas terdapat seorang wanita ....India.... yang sedang berbaring kepenatan ditempat duduk penumpang,wanita tersebut lantas bangun dan tolong mencapaikan telifon bimbit yang berada di lantai kereta itu kepada lelaki Cina terbabit. Tanpa membuang masa lelaki Cina itu terus menjawab panggilan tersebut. Lelaki cina itu menjawab panggilan itu dalam keadaan marah, dia dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan dari kawannya yang memerlukan bantuan untuk mengejar lelaki melayu yang sudah menipu kawannya dalam satu perjudian. Tanpa melengah-lengahkan masa lelaki cina itu terus menyarungkan baju dan boxernya. Beberapa saat kemudian, kereta tersebut berlalu pergi dari tempat itu dalam keadaan laju.

BABAK ....8
EXT. STREET..... NIGHT.
Kelihatan seorang lelaki melayu terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah di tangan dan kepalanya. Dia cedera parah dibahagian kepala akibat hentakan kuat daripada sebuah senjata tumpul. Terdapat sebatang ‘stereng lock’ yang penuh percikan darah berada ditepi lengan lelaki melayu tersebut. Lelaki melayu tersebut tidak sedarkan diri dan mati di tempat kejadian.

BABAK 9
INT. CAR. NIGHT
Seorang lelaki ....india.... yang kelihatan cemas sedang memandu laju di atas jalan. Dia seperti melarikan diri daripada sesuatu. Muka,baju dan tangan lelaki ....india.... itu penuh dengan percikan darah. Dalam keadaan yang kelam kabut dan cuai, dia telah memandu masuk kelorong arah bertentangan.

BABAK 10
INT. CAR. NIGHT
Lelaki cina itu memandu laju, dek kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju. ....Malang.... tak berbau, dia telah bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas masuk ke lorong beliau lalu menyebabkan satu kejadian nahas jalan raya. Kedua-dua pemandu tersebut mati di tempat kejadian.

BABAK 11
Bunyi degupan jantung yang secara perlahan-lahan (beberapa saat)dan hilang..

BABAK 12
Penghargaan

Tiada ulasan: