31/12/10

Tahun baru....blog baru! =D ( Menghias )

Salam...
entry ni simple je...entry ni cume aku nak bangga & senyum sorang-sorang dengan muka blog baru aku ni ;) hehehe...(susah gila kot mghabiskan masa depan lappy ni semata-mata nak buat header saje....dah lah esok kena bangun awal)


::Yang lama punye blog::




::Ini yang baru punya blog! huhu....hasil titik peluh ketiak ku sendiri::




itu je...hehe....tapi klu ada sape-sape lah nak mintak tolong aku edit-edit sikit header korang takde hal lah....aku sedia membantu ;)

p/s : Ini Nukil saya! (nama timangan blog aku hahaha...)

Selamat bertukar tahun !! Hi 2011...bye 2010! (Azam baru....lagi..)

Salam...



Yup....sekian lama nya...dan akhirnya....

I"M BACK!!!! =D hehehe...

dah bersawang-sawang aku punya blog ni sebab takde entry baru...hehehe.....itu pun nasib baik ada Formspring yang menyelamatkan blog aku daripada bersawang...hahaha...
so hari ni aku nak bersih kan sikit blog aku ni daripada sawang-sawang yang ada....hehehe

Tahun 2010 pun dah melabuhkan tirainya sejam yang lepas(masa aku menaip benda ni lah :P ) dan tahun 2011 pulak mula menaikan tirai dan menjalankan tugas =)

Kejap je kan...pejam,celik,pejam,celik,berak,makan,pejam celik...dah masuk tahun baru...
dan genaplah hampir 2 setengah tahun aku merantau di tempat orang(Shah alam je kot...bunyi nak macam oversea plak hahaha..) dan isnin depan bersamaan 3.1.2011 bermula lah praktikal aku di Cheras di White Studio Co.(co. idaman aku ni...yes akhirnye! tq Syaza Yahya ;) anda sungguh cute kerana mendapat kan tempat untuk saya praktikal di sana hehe..)
Maksudnya tutup buku lama dan bukak buku baru..PENGEMBARAAN BERMULA!(sila baca dengan penuh semangat)

Sepanjang tahun 2010 yang lepas macam-macam jenis pengalaman pahit manis yang aku lalui dan harungi(bunyi nye cam sama je ~_~" )...
dan sekali lagi pengalaman-pengalaman tu jugak lah yang telah mengajar aku menjadi insan yang lebih matang & gemilang(haha..ayat brother dekat kedai barang kemas habib baru-baru ni aku pergi...kilauan batu permata dia sama kan dengan 'gemilang' hehe..) & aku harap tahun ini akan lebih mematang kan aku lagi =)

Dengan penuh harapan semoga tahun 2011 ni akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas...
dan aku telah pun siapkan awal-awal azam-azam baru aku untuk tahun baru aku kali ini...
dan azam-azam aku untuk tahun ni adalah....

-Azam dapat straight A's! (ini adik aku...nama dia Azam & tahun ni dia ambik SPM..haha)
-Nak grad tahun ni gak....harap2 takde aral melintang =)
-Nak jadi tinggi! (aku pendek kot....ish2 T_T )
-Nak jadi budak baik & rajin....(tiap-tiap tahun azam ni aku asyik kantoi je ish2 T_T )
-Nak beli wide lense! (kalau ada siapa-siapa yang rasa nak hadiahkan aku lense ni kat aku..teramat-amat di alukan!! hehe...)
-Nak cari Beg Kamera baru!(Beg lama dah koyak T_T )
-Nak buat kawan-kawan aku gembira,gelak-gelak sampai pecah perut! ( Terutama sekali...thanks to Ziera a.k.a Bodyguard aku yang selalu temankan aku kemana je + yang selalu teman aku gelak hahaha...anda kawan paling best!! kembang lah tuh...hehehe hey tapi ini Fact! ;) )
-Nak yang terbaik untuk hidup aku,family & kawan-kawan baik aku....;D (ni mksudnye aku dah start malas nak menaip ni...tu sebab aku tulis camni hahaha..)

Semoga list azam aku kali ni akan tercapai...& semoga tahun ni lebih manis dari tahun-tahun lepas....

Bismillah....ya allah ya tuhanku....kau berikanlah petunjuk kepada hamba mu yang lemah ini semoga beliau lebih tabah mengharungi liku-liku hidup beliau..dan berikanlah kesenangan dalam hidup beliau agar setiap halangan dalam hidup beliau dapat beliau tempuhi dengan penuh senyuman....amin.....

Bye-bye 2010....


p/s : i'll miss u 2010 :'(

28/12/10

pegi rock the worl 10 x??

siap perform lagi ;D hehehe...xpg lah =(

Ask me anything

25/12/10

penah kaler/dye rambut?

hohohoho....rambut saye original warna perang ok! (sambil tutup kepala pakai topi) hehehehe...

Ask me anything

B.O.S.A.N bole myebabkan K.E.M.A.T.I.A.N :)

ni tanya ke jawab ni? :D hehehe

kura2 sihat? ;)

Ask me anything

19/12/10

hai~

hey thre ;D

Ask me anything

jikalau anda rasa gembira ..apakah yang anda akan lakukan~~?

macam di status saya....tepuk tangan! clap,clap! ;D

Ask me anything

13/12/10

11/12/10

prempuan telebih hormon lelaki? pendapat?

Mereka nampak bongkok....cuba korg perhatikan =)

Ask me anything

10/12/10

edit pic gune pe slain photoshop?

gune darkroom...manual...baru mencabar minda :D hehe

Ask me anything

1/12/10

sape teror addmath??ajo aku boleh??

saya terrorist !

Ask me anything

boleh tak follow blog sye:http://pintu-suka-hati.blogspot.com~~

follow.....

Ask me anything

kasut roda @ skateboard @ basikal ?

Upih! ( haha entah tahu entah tidak awk tu upih :P )

Ask me anything

selain kota bersejarah,melaka juga dikenali sebagai?

A Famosa Water World! :D

Ask me anything

pehal x follow den??? (ugot) hahahha

be,be,bek....sa,sa...saya....fo,fo,follow awak.......(cakap mengigil2)

Ask me anything

pakcik marah saya? T__T

eah nope lah =) xde sebab pun nak marah lah =D

Ask me anything

melake or johor best?

Melake le ulau melengkau atas pagau! hehehe :D

Ask me anything

agak2 bile kau nak lepak dgn ak mne si setan, iblis sume

bila korang free lah...masing2 kan dah jadi YB sejak2 jadi pemuda ni :P hehehe

Ask me anything

30/11/10

melaka or johor best?

Melaka ku sayang :D <3

Ask me anything

pakcik kenal Pete Wentz? :3

bukan vokalis peter pan baru ka? ~_~"

Ask me anything

bolehkah anda menjilat siku anda sendiri ??

HOHOHO.....ITU MMG KEBOLEHAN SAYA KALU ANDA NAK TAHU =D + BANYAK LAGI ;)

Ask me anything

kalau anda gembira tepuk ...

tepuk nyamuk! :D

Ask me anything

selain sup sarang burung, dim sum & taufu,apa lg makan fevret pakcik?

sup sarang burung,dim sum & taufu....tu pakcik tak pnah makan nak T_T

Ask me anything

28/11/10

masalah disiplin yn pna anda lakukan ??

Saya budak baek :P hehe

Ask me anything

knal AG COCO tak ???

aku kenal sngat ngan dak tu.....tapi dak tu je yg tak kenal aku ~_~"

Ask me anything

22/11/10

lame xnmpk den? penah nmpk ke? hahhaha

igt tak kita lepak sesama dlu masa kat bawah poko rambutan yg banyak ulat bulu tu ;D

Ask me anything

x sedeyh ke rosmah mansor undur diri? hehehehhe

Undur diri sebab ape??? sedih ni......bwahahahahahahahahahahaha

Ask me anything

apa khabar hari ni?

waras :D

Ask me anything

da start practical?

Cepet!!! =D

lum agi ;) hehehe lama xnampk cepet =D

Ask me anything

16/11/10

na misai boleh??

Dlu...Dato 'K' pun mintak misai ni gak....pun xdapat.....so faham2 sdri le ye ;) hehehe

Ask me anything

i nak mintak public fon number pulak la. mesty boley ni. =p

public? xde hal lah...nah...06-2672810......eeerrr.....lupe lah ~_~" dah lama tak guna no ni

Ask me anything

14/11/10

kalau i ask for u'll phone number sure dapat tak ? cakap BFF . . . . haha

bff biasanye contact pakai burung merpati baru cool hehehe ;D

Ask me anything

12/11/10

http://ereenzaki.blogspot.com sorry blog baru buat je.. still mcm haram.. takpe kan...? haha

takpe...sikit2 lama2 jadi bukit ;D

Ask me anything

follow blog saya boleh ??

bagi saya 5 sebab kenapa mesti follow ;)

Ask me anything

boleh ke kite ni jadi BFF ? confius derr

BFF? bleh ape salahnye...sila ambik borang kat kaunter A isi borang tu pastu hantar pos laju kat rumah saya k ;D hehee

Ask me anything

Myspace makin memeningkan..sape ade yg myspace tu, x pning ke?

Biasanye Myspace yang pening ngan saya...hehehe

Ask me anything

11/11/10

saye sombong ke?

sombong denga serombong tu sama tak? heehehe....xde lah ;)

Ask me anything

describe me in 5 words. :D

1 . Ungu
2 . Unik
3 . Pendiam
4 . Berbakat
5 . APA KU KESAH! ( video clip korg best!)

Ask me anything

pang seorg yg hebat? btol ke

tu semua gosip tuh....saya tak hebat tapi saya kuat dan hensem.....ramai2 mak2 dara yang tergila2 kan saya...hehehehe

Ask me anything

9/11/10

sayang saya ?

saya sayang semua org yang sayang kat saya ;D

Ask me anything

panglima hitam

ye weh mana ko rindu dowh nak lpak2 ,pijak2,bahan2 ko T_T

Ask me anything

pakcik klu dpt chance dtng sabah,visit sy x? >.<

insya klu dekat je dgn tmpat pakcek tuju tu ape salah nye;D

Ask me anything

8/11/10

Tenggol tenggolan

16 mangsa bot karam selamat

Mohamad Daniel Aiman Mohd. Zulkifli yang kemudian diberi rawatan akibat kecederaan yang dialami sebaik tiba di Pangkalan Marin Wilayah 3, Kemaman, Terengganu, semalam. – utusan/AZLAN BAHRUM
KEMAMAN 7 Nov. (Utusan Malaysia) – Jaket keselamatan serta pengalaman menyelam berjaya menyelamatkan 15 pelancong dan seorang tekong bot daripada mati lemas semasa bot mereka naiki karam pada kedudukan 10 batu nautika (18.5 kilometer) dari Pulau Tenggol, Dungun petang semalam.
Mereka termasuk seorang wanita hamil, Noraini Sosilawati Siregar Suffian, 30, dan anak lelakinya, Mohamad Daniel Aiman, 4, yang terpaksa terapung kira-kira 16 jam sambil berpaut sesama sendiri dalam kesejukan dan cemas dilambung ombak dalam kepekatan malam dan hujan lebat.
Mereka yang dilaporkan hilang lewat petang semalam akhirnya berjaya dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berada pada kedudukan 16 batu nautika (29.6 kilometer) ke selatan pulau itu dan diselamatkan kira-kira pukul 10 pagi ini.
Kejadian penuh dramatik itu bermula kira-kira pukul 6.30 petang ketika ribut dan hujan lebat, selepas 20 minit bot mereka bertolak dari Pulau Tenggol menuju ke Kuala Dungun untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Tekong bot, Mohd. Zulfadli Yahya, 29, menyedari bot yang mereka naiki itu bocor selain mengalami kerosakan enjin.
Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila bot berkenaan dipenuhi air menyebabkan mereka semua memutuskan untuk terjun ke dalam laut dan berpaut dalam satu kumpulan sebelum bot itu tenggelam dalam tempoh tidak sampai 10 saat.
Mohamad Daniel yang terkapai-kapai terpaksa dipegang dan disambut secara bergilir-gilir di kalangan mangsa bagi menyelamatkannya daripada lemas.
Mangsa yang terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita serta seorang budak lelaki. Mereka ialah Salman Mohd. Kassim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Abd. Malik, 33; Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33; Loo Kit Choong, 54; dan Badrulhisham Shariman, 40.
Lain-lain mangsa ialah Ayud Haida Sulaiman, 35; Dr. Anis Shafina Mahfuz, 29; Noraini Sosilawati, Norazimimah Abdul serta dua lagi yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida.
Mereka merupakan pelancong dari Kuala Lumpur yang bergerak dalam beberapa kumpulan ke Pulau Tenggol pada Jumaat lalu untuk mengikuti aktiviti menyelam skuba sebelum dijadual pulang petang semalam.
Komander PGM Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan kritikal termasuk dua beranak iaitu, Noraini Sosilawati dan Mohamad Daniel Aiman.
“Ketika ditemui, kesemua mangsa berada dalam satu kumpulan sambil berpaut dan terapung di tengah-tengah laut dan mereka berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke jeti Pangkalan PGM di Kemaman kira-kira pukul 11.15 pagi ini,” katanya kepada pemberita di pangkalan itu hari ini.
Beliau memberitahu, sejurus tiba di pangkalan itu, kesemua mangsa diberi rawatan serta merta sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Mohd. Salleh berkata, sebelum kejadian itu berlaku, kesemua mangsa dilaporkan mengunjungi Pulau Tenggol secara berasingan sebelum membuat keputusan untuk pulang serentak dengan menaiki sebuah bot jenis D-Guardian (Catamaran) TKT 00467 P yang berukuran 27 meter panjang.
Katanya, sejurus pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 8.10 malam tadi mengenai kejadian itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan segera oleh pasukan PGM, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menggunakan sebuah helikopter.
“Sehinggalah ditemui, kesemua mereka selamat. Mujurlah mangsa memakai jaket keselamatan selain tenang, berpaut sesama mereka di tengah laut sebelum diselamatkan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjalankan operasi menyelamat kerana mereka telah bertindak dengan pantas dan berkesan sehingga semua nyawa dapat diselamat.
Oleh RADHUAN HUSSAIN dan HAMZAH SARAH – pengarang@utusan.com.my
Posted in BeritaKekeluargaan, Sosial & Masyarakat | Leave a comment





6/11/10

ckit2 kwen lari..ape daa..kwen jln xde ke?

anda lah mulakan dulu...pasti yang lain akan ikut ;D hehe

Ask me anything

Do you know Eroul? ;p

sape tuh?sebut dia camne eak?

Ask me anything

Tpisah dgn org yg kite sgt2 syg utk "sbulan je" biar dia knang smula knangn yg lps, tnpa msg tnpa call, anda sanggup?

redha dengan segala apa yang berlaku =)

Ask me anything

cari pengganti atau cari scandle??

Pegganti! ;)

Ask me anything

Nk lupakn someone, tp sukar..ape prlu buat?

dekatkan dri dengan tuhan yang tak pernah lupakan kita tapi kita saja yg selalu lupakanya... =)

Ask me anything

"saya akan berguling-guling bila ... "

bila saya jatuh tersadung batu!

Ask me anything

pakcik pernah ambil gmbar orng senyap2,pastu busted,pastu pakcik kena marah.pernah? :D

takpernah sebab pakcik budak baek! ;D hehehe

Ask me anything

Fill in the blank with either YES/NO: "___, I'm a monkey" :DD

dah isi ari tuh lah =)

Ask me anything

29/10/10

x bosan hri2 on9?

bosan plak tetiba rasa cm nk off jp...bye!

Ask me anything

hye,saya ereen . anda ?

saya pang ;D

Ask me anything

pangenam?? pangtujuh?? =p

itu bukan kamu ke? :P hehehe

Ask me anything

21/10/10

19/10/10

good morning! ;)

Selamat sore :D hehehe

Ask me anything

mozilla & chrome mne lg best?

chrome!!! =D

Ask me anything

nak pinjam novel LBS!! hehe boleh x?

Dah kasi dah ;D hehehe

Ask me anything

si dia x nk bls msej bile dye wt salah..eceyy! dye bkn arts pn an..watever laa xnk bls msej ke x..tol x?

uish pening2....ape kate wat super saver je pastu col....sure puas hati hehehe....

Ask me anything

acap dgn kau spe yg abg?

Tengok perot lah hehehe ;D

Ask me anything

kau ade adk gne saga putih tak?

Owh...silap org ni coz adik aku pakai Lambo loh hehehe

Ask me anything

kau cina tibet! hahaha

ssshhhh!! diam2 lah jgn bg tau org y :P hehehehe

Ask me anything

11/10/10

sape ade blog?

saye ade ;D

Ask me anything

salam warga Facebook dan warga Formspring..ples jwb soaln ni..kalo ade pmpuan gatai, gedik n mngade2, ape pndangn korg?

Ade sesetgh tu mmg semula jadi...dan gedik2 semula jadi tu mmg sebati tak nmpk di buat2 di tambah dgn muka beliau yg comey....itu ok lah...bleh di terima akal...

Tapi....ade yang gedik2 jadian(macm serigala jadian hehe)
pastu di tambah pula dgn muka pecah rumah beliau itu yg membuatkn keadaan bertambah huru hara lagi...hehehe...

tpi kesimpulnye....gedik tu bukn satu masalh cuma berbatas lah ;)

Ask me anything

23/09/10

kau kan hot mcm tutttt..poyos! gf nak hot je.

Hot macam maggi hot cup...kejap je hot dia hahaha...
aku pun tak tahu aku ade GF & sejak bila aku bercinta...camne ko leh tau awal lak nih dari aku... pelik?

Ask me anything

siapa gadis yg btul2 pernah curi hati si panglima ni??

Ade...skang si gadis tu di tahan reman untuk siasatan atas kesalahan mencuri.....hehehe :P

Ask me anything

pakcik pernah puasa setengah hari?? :P

Pernah =D
tapi waktu dulu lah...waktu tak akil baligh lg...hehehe =D

Ask me anything

17/09/10

M. Rajoli meninggal dunia... (sedih)

Salam..

Al-Fatihah kepada Arwah M.Rajoli (pelakon) yan telah kembali ke rahmatullah pada puku 10.45pm tadi bersamaan 17.9.10....

-Arwah dikatakan meninggal di sebabkan sesak nafas...

-Semoga Arwah ditempatkan di tempat golongan-golongan orang yang beriman...amin....

2010/09/17
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. 

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.


Arwah M.Rajoli




p/s : Arwah sangat best =( Legend....

12/09/10

Mengecat Belog! (blur + riang!)

Selepas di beri sentuhan oleh Aman Leong....not Eric leong  ok :P
Semasa baru cat


Salam..

-Sebenarnye memang dah lama niat nak mengecat belog ni =)

Sebab-sebab nya...
*Aku nak ruang yang luas dan besar untuk aku bernukilan...kalau tak sebelum ni ruang.....huish cam ape ntah kecik sangat nak letak pic besar-besar susah =(
*Aku nak belog aku nampak simple dan cantik....'Less is More...'
*Banyak lagi sebabnya tapi tu di antara yang penting-penting nye lah...malas nak membebel lagi hehe..

-Target pasni aku nak wat banner lak ;) so....Caayyook!!


p/s : thanx to Aman coz menjadi penasihat untuk hiasan dan ubah suai belog aku!


11/09/10

Gambar Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh (muhasabah diri)

Salam..
Senyum Kambing Utusan


Berita mengenai kematian Datuk dan rakan-rakannya sudah pun tersebar luas....dan saya mengucapkan takziah ke atas permergian beliau semua...Al fatihah...


-Di fahamkan mereka berempat dibunuh diladang ayam lalu di bakar hingga menjadi abu dan abu nya pula di buang di pantai Mohrib Selangor....secara logik nya gambar kematian mereka semesti nya tiada kerana abu mereka sudah pun dibuang ke laut...di sini saya selitkan sekali berita dari surat kabar KOSMO..



Mayat dibakar di ladang ayam






KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.


p/s : Bila orang bijak buat jahat ini lah hasilnya.... =(

Semangat satu Malaysia (Senyum)

Salam..

petikan ini berkenaan 'bila aku melayan je orang sesat dalam FB aku' (sumpah memang aku tak kenal beliau) hehe....


Vinesh
0164040404 bila mau angkat kawan
dah deposit 3,000
takkan tak nak kot
2:40amMe
agkat apenye>
owh jap2
2:40amVinesh
nombor 0164040404
2:40amMe
brapa lagi tinggal?
2:40amVinesh
10K
ooik
dah lupa ke?
2:41amMe
igt2
tu xpealh
xpelah
kasi burn
2:41amVinesh
huh
2:41amMe
yup
serius
aku tak nak lah rasanye
kasi je sape2
;)
2:42amVinesh
k
kalau nak nombor lain inform me
thnaks
2:42amMe
no lain ape ade?
2:42amVinesh
i anggap sbg angpaw raya
kan dah hantar hari itu
2:42amMe
htr lagi hilang lah
2:42amVinesh
hari dapat yg baru...0166222225
2:42amMe
brapa tu?
2:43amVinesh
2.5k
2:43amMe
laen ade?
0123456789
2:43amVinesh
0142345677 je ade
2:43amMe
itu brapa?
2:43amVinesh
2k
dah sms lu,dah dapat?
baru sms
2:44amMe
okie2 dapt2
2:44amVinesh
datoc sihat?
dato
2:45amMe
sihat
2:45amVinesh
kirimkan salam ye
harap cepat sembuh
2:45amMe
baek2
sya pun begitu
kalau tuhan sayangkn beliau saya relakan sahaja
cool k;)
2:46amVinesh
oi,lu tak nak lu punya bapak hidup kah
mau dia punya harta kah
sembahyang dia cepat sembuh lA
2:46amMe
xde2
cuma wa tak mau letak hrapan tinggi2
takut menjunam macam kapal terbang
sakit wooo
=(
harta tu no 2
dia
1
k dont worry ;)
yg no tu jgn lupa k
2:48amVinesh
No apa?
2:48amMe
aik lu igtkan wa td lu lupa lak?
deposit tuh
2:48amVinesh
ok
thanks
2:48amMe
wlcome
wait2
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...i don't know who r u...but aku layan je...sebab kita kan satu Malaysia k;)
tq
2:50amVinesh
oh fuck......
wrong person
extremly sorry
2:50amMe
xpe2
dah biasa hehe
2:50amVinesh
you could'd told me earlier
sorry
slamat hari raya
2:50amMe
xpe2 malam2 ni best merepek2 ni
slamat hari raya
hehe O:_
2:51amVinesh
n so nice of u 4 supporting 1 malaysia
=p
2:51amMe
O:)
hahaha
2:51amVinesh
anyway
2:51amMe
k2 nite
2:51amVinesh
u buat apa bro
2:51amMe
yup
2:51amVinesh
study ke kerja>
2:51amMe
kerja =)
2:51amVinesh
kat mane?
2:51amMe
Photogrpher frelnce
2:51amVinesh
cam mane pulak i add org tak kenal
hehe
2:52amMe
tu lah fasal
hahaha
2:52amVinesh
photographer?
2:52amMe
okie2
2:52amVinesh
serious
2:52amMe
yupsy =)
2:52amVinesh
shyt
2:52amMe
why
2:52amVinesh
i was finding 4 1 photographer recently
so difficult,finally i found one.had an event yesterday
what is ur locatilon?
2:53amMe
Melaka,n9,selangor,KL
2:53amVinesh
hmmm
tough luck\
missed it
anyway
2:53amMe
whre ur loction?
2:53amVinesh
subang jaya
2:53amMe
owh...its ok =)
nice to meet yah ;)
2:53amVinesh
give me ur contact numb,will contact u if thr's any business
vinesh 0107747777
2:54amMe
dam
cool NO
haha
2:54amVinesh
thanks
2:54amMe
no wonder u talk lot bot NO
hehe
2:54amVinesh
well,actually i sell numbers to my friends s part time business
2:55amMe
so if u have smthng just roger thrgh my FB k;)
2:55amVinesh
no prob
2:55amMe
okie TQ vinesh...if i ade mmber nak cri no i'll roger u k ;)
bye
2:56amVinesh
u can give ur contact numb,dun worry,just 2 give u business,if ur uncomfortable den its ok..my friends organizes many events n cn give u business
tc
2:57amMe
if u hv anythng Find me in FB ;) k
tq
2:57amVinesh
up 2 u bro...tc



p/s : inilah jadi nye bile aku menggila kejap haha...soory vinesh n kpd sesiapa yg memerlukan no cantik roger je bro di atas k ;)