24/09/14

Cuti yang panjang :D + Review movie 'The Purge Anarchy'

Bismillah...

Dah hampir 24 purnama hamba bercuti, kini tiba masa hamba nak bernukilan semula :D

Alhamdulillah sekarang hamba bergelar sebagai seorang pelajar semula & sedang sibuk menghabis kan pengajian Ijazah hamba :)

Insya...selagi hayat di kandung badan selagi tu hamba akan cuba bernukilan :D

berbalik kepada review tentang filem 'The Purge Anarchy' iaitu keseinambungan dari filem pertama nya 'The Purge'



Sinopsis filem The Purge
Filem ini megisahkan tentang undang-undang baru yang di perkenalkan & dilaksanakan oleh sebuah kerajaan baru di sebuah negara bebas & berdemokrasi iaitu Amerika Syarikat(ahun dilaksanakan dalam tahu 202X), undang-undang baru itu pula di beri nama 'The Purge' atau pun 'Penyingkiran', ianya dilaksanakan kerajaan baru itu atas dasar untuk menstabilkan ekosistem & psikologi manusia di muka bumi ini terutamanya di negara Amerika Syarikat, penyingkiran akan di lakukan sebanyak sekali dalam setahun,

Ketika hari penyingkiran di adakan, seluruh rakyat bebas untuk membunuh sesiapa sahaja yang mereka kehendaki tetapi ianya mestilah mengikut syarat-syarat yang sudah ditetapkan, syarat-syaratnya ialah pembunuhan hanya boleh dilakukan dalam masa 24 jam(hari penyingkiran), senjata di gunakan untuk membunuh pula tidak boleh di gunakan dari kelas 10 ke atas, jika ada rakyat yang ingkar mereka boleh dikenakn tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Trailer


Berapa bintang?

* * * X X

p/s : filem ni overall memang best...tetapi....ending dia banyak sangat persoalan tak terjawab :(



15/12/12

Life Of Pi (Wajib Tonton)





Salam.

Teringat pernah tengok wayang sorang2....dalam pawagam tu hamba seorang je masa tu dari awal sampailah habis + duduk seat paling belakang sekali -_-"

sampai sebelum mula tayangan tu org yang jaga projektor tu siap jerit tanya dari atas
"ADA ORANG KE TAKKK NIII???KALAU TAKDE KAMI TAK PLAY MOVIEEE!!!!"

hamba pun jerit dari bawah
"BANG ADA SAYA NI HAH SORANGG!!!PLAY JE BANGG!!!"

"eah! ada orang lah....play cepat play" kata beliau kepada kawan beliau..

cinema terus gelap & xde iklan...movie terus play
hahaha....

FYI masa tu hamba tonton movie Thailand 'Power Kids' :D

sekarang ni 'Panggung Wayang Gambar' atau nama lainnya yang di beri oleh seniman agung kita Tan Sri P.Ramlee iaitu 'Pawagam' tengah hot dengan movie 'Life of Pi' yang di adaptasi dari novel terkenal.

hamba pernah tertonton trailer nya di pawagam masa sebelum movie start
first impression untuk trailer nya sangat WOW! dan benda ni buat hamba nak sangat menonton lagi movie ni atas sebab budak sorang nih <3 br="br">

- Me & Pam dekat Stadium Bukit Jalil Harimau Malaya VS Gajah Putih 2012  -
Pam ni rupanya lagi hebat....dia dah baca habis dah novel tu beberapa tahun yang lepas semasa beliau berada di bangku sekolah menengah lagi & dia kata novel tu sangat awesome!,so itu antara reason lagi kuat kenapa hamba nak pergi menonton di pawagam filem tu...


- Novel Life Of Pi yang di miliki oleh Pam & yang di snap sendiri oleh pam  -

Insya kalau ada rezeki nanti hamba nak cuba buat review filem ni macam review filem2 yang hamba tonton sebelum ni ;)


p/s : Setiap kali dengar tajuk movie ni mesti teringat 'Pie' sedapnya kalau dapat makan...lagi2 kalau pie pisang :D nomnomnom!


Orang Berambut Panjang Jahat? (Rakyat Perihatin)

- Potrait hamba ketika pertengahan tahun 2012 -

Salam.

  Ada statement dekat berita tadi seorang pakcik berkopiah ni bagi statement sambil muka di kaburkan..bunyi nya lebih kurang orang lelaki yg berambut panjang ni jahat...

what pakcik?? rambut panjang di stigma?? pakcik mendiskriminasi orang berambut panjang....yang jahat tetap jahat tapi bukan rambutnya...
rambut tak bersalah apa2.....ada je jejaka yang berambut panjang hamba kenal kebanyakan nya baik belaka je...

macam org berkopiah....berkopiah pun ada yang jahat jugak...tapi takan kita nak stigma & diskriminasi semua orangg berkopiah jahat pula kan...

so think positive & be positive :) be 'Rakyat Perihatin'.

Nabi Muhammad S.A.W berambut panjang tau pakcik :)

renung2kan & selamat beramal...

p/s : Keturunan hamba mmg keturunan berambut panjang...keturunan negara matahari terbit ;)

18/08/12

Selamat Hari Raya maaf zahir batin & selamat hari jadi Malaysia + Hamba bersama Tun Mahathir (Gambar)

Selamat Hari Raya maaf zahir  batin & selamat hari jadi Malaysia
Salam..

KONVOI- Alhamdulillah habis dah konvoi jelajah seluruh Malaysia yang bermula pada Feb 2012 lepas sehingga  Ogos 2012(tarikh detail hamba tak ingatlah ~_~")...habis semua pelusuk negeri dalam Malaysia ni hamba dah jelajah :D

Pelbagai kenangan & ilmu yang hamba dapat timba,Kalau korang nak tahu jelajah satu Malaysia ni memang cita-cita hamba sejak kecik lagi & terharu gak lah cita-cita ni hamba dapat gapai dalam waktu yang muda ;)
,satu lagi cita-cita hamba sejak dari kecil ialah hamba teringin sangat nak bersua muka dengan mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir, guest what? baru-baru ni juga hamba telah di beri kesempatan untuk bersua muka dengan beliau :D ,sumpah happy tak terkata...hamba nak buat pengakuan sikit...kalau korang semua nak tahu hamba sangat obses gila dengan gambar 'Hamba bersama Tun' sampaikan setiap selang 5 minit mesti hamba akan tengok gambar tu,hamba siap buat wallpaper lagi kat dalam handphone hamba....hehehe... :P

Hamba bersama Tun  ;)


RAYA- Pejam celik,pejam celik....Ramadhan dah pun berlalu pergi meninggalkan kan kita semua & hari ni bersamaan 1 Syawal 1433H telah hadir mengantikan Ramadhan,selamat tinggal Ramadhan insyaallah kalau ada rezeki & umur yang panjang kita jumpa lagi tahun depan :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin kepada semua orang yang mengenali diri hamba :)
,macam biasalah...setiap tahun hamba akan menyambut Raya dengan besederhana je :) tak ada nak jalan-jalan raya sangat,tak ada nak baju baru sangat....sempoi je apa ada lanyak asalkan hamba happy hehehe...
nak minta maaf kat blog ni jugak sebab lama sangat tak post entry baru...sibuk dengan konvoi huhuhu.. :)

Salam lebaran....


p/s : insya ingat nak share gambar-gambar semasa konvoi jelajah satu Malaysia kat dalam blog ni nanti ;)



7/02/12

Hari ke 7 Bersama Konvoi 'Aman Siswa'

Hari ke 7

Konvoi baru lepas bergerak dari Shah Alam,Putrajaya,Kuala Pilah N9 dan kali ini kami sebanyak 4 buah Bas & 20 Biji kereta begerak+bermalam di Melaka :)

first time naik Melaka River Cruise+waktu malam...ok sangat teserlah kebatakan aku hahaha....


p/s : Hamba Videographer so kurang sangat koleksi gambar hamba untuk di pratonton...insya nnti kelak kalau boleh dapat gambar2 tu semua akan hamba upload kan di FB hamba ;)